Quantcast
Channel: Mia - Memories of Mine
Viewing all 509 articles
Browse latest View live

Baru terasa diri seorang blogger

$
0
0
Assalamualaikum

Walaupun aku lama dah 'berkecimpung' dalam dunia blog ni tapi sedikit pun tak terasa diri ini seorang blogger. 
Yalah blog suam2 kuku je pun. Entri suka2 hati aku. Pembaca blog pun seciput je, follower jauh sekali.

Mula2 berblog sekadar minat saja. Aku suka menulis. Tapi tak sangka pula dengan berblog ni kita boleh perolehi pendapatan sampingan. Ada blogger yang mampu menjana puluh ribu dari blog mereka. Ada yang jadikan blog ni sebagai sumber pendapatan mereka. 
Aku ? Tak perlulah kot. Sekadar minat menulis, tapi bila dapat rezeki daripada berblog tu kira bersyukur seadanya walaupun tak banyak.

Dalam pada tak mengharap tu ... aku excited juga sebab ada pihak di luar sana yang kenal blog ni. Dapat email daripada mereka untuk bekerjasama dengan blog ni. Ganjarannya ? Berpatutanlah dengan blog suam2 kuku ni. Aku terima dengan seadanya. Gitu.
Yang aku buat tambah excited bilamana juga dapat bekerjasama dengan salah satu syarikat perniagaan online terkenal. (^__^)

Kadang2 tu dapat juga undangan untuk ke event tertentu tetapi malangnya kebanyakkan event berlokasi di Kuala Lumpur. Memang tak dapatlah join.
Aktiviti blogger kebanyakkannya diadakan di KL.. Sebab tu kalau ada undangan sekali pun terpaksa lupakan saja.

Nak teruskan blog sampai bila? Setakat ni belum terpikir nak stop. Ada idea memang aku tulis, tak ada ... memang sunyi sepilah tu seminggu dua. :D

Rezeki raya katanya




Kundasang 4 Jun 2015 - sehari sebelum gempa

$
0
0
Assalamualaikum

Plan last minute. Seminggu sebelum cuti sekolah aku book bilik di Kinabalu Pine Resort. Nasib baik masih ada tempat, musim cuti sekolah selalunya resort ni fully booked. 

Nak bawa anak2 jenjalan + sambut ulang tahun perkahwinan aku dan hubby yang masuk 10 tahun pada 3 Jun 2015. Alhamdulillah ... semoga jodoh kami berkekalan hingga ke jannah.

Jam 9.00 pagi khamis kami bertolak dari Kota Kinabalu. Perjalanan tak sampai sejam kerana jalan raya masa tu lengang sahaja. 
Kami singgah sebentar di National Park Kinabalu untuk berehat sebentar dan mengambil gambar. Sejuk dan tenang sahaja masa tu.


Lebih kurang setengah jam di sana kami bergerak ke Pekan Kundasang yang tak sampai 20 minit ke sana dari Taman Kinabalu ni. 
Sebelum check in di resort, kami singgah makan tengahari di restoran sayap ayam madu yang terkenal di Pekan Kundasang.

Jam 12.30 tengahari kami gerak ke Kinabalu Pine Resort. Check in tetapi bilik hanya sedia pada jam 2 petang. 
Hanya sejam lagi menunggu, aku dan anak2 duduk berehat di pondok yang ada di resort tu. Nyaman terasa bila angin meniup dari kawasan pergunungan tu. Rasa nak terlelap pun ada. 

Dekat jam 2 tu bilik dah boleh masuk. Kami sekeluarga berehat dahulu sebelum keluar berjalan di sekitar Kundasang. 


Petang tu kami berjalan2 di sekitar Dream World Resort yang hanya terletak bersebelahan dengan Desa Cattle Farm. 
Anak2 nak bergambar dengan mickey mouse katanya.


Dan sebelum maghrib kami menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang disinari cahaya malap matahari terbenam. Subhanallah ... nampak sangat tenang tetapi menyimpan seribu rahsia yang hanya Dia mengetahuinya.

4 Jun 2015 .... sehingga malam semuanya tenang dan indah. Sehinggalah awal pagi esoknya .....






Kundasang 5 Jun 2015 - Gempa Bumi

$
0
0
Assalamualaikum

Baca entri sebelum | kundasang-4-jun-2015-sehari-sebelum |

Sehinggalah awal pagi jumaat 5 Jun 2015, lebih kurang jam 7.15
Shumi dan Shamzi baru selesai mandi. Aku dan hubby duduk2 di balkoni menikmati udara sejuk waktu pagi.
Tenang jak masa tu. Masih terlalu awal untuk keluar berjalan.
Plan kami nak pegi breakfast dahulu di cafe.

Baru sahaja aku bergerak masuk tiba-tiba aku terasa bangunan resort terasa bergoyang. Mulanya perlahan ... dan menjadi lebih kuat. Gegaran sekelip mata semakin kuat. Diikuti dengan bunyi seakan2 dahan patah dan batu2 berjatuhan.
Aku dan hubby serta anak2 terhuyung hayang seketika. 30 saat selepas itu gegaran berhenti.
Aku dan hubby berpandangan seketika. Masing2 blur. Apa yang berlaku?
Hubby tiba2 bersuara dan memanggil aku turun ke bawah.
Aku tarik anak2 dan turun. Aku tengok keadaan sekeliling, tenang tetapi kebanyakkan pengunjung resort terpinga2 seperti kami.

Lebih 10 minit kami berada di bawah. Hubby menyoal salah seorang pekerja yang ketika itu lalu dan tergesa2.
Kata pekerja tu, pertama kali ianya terjadi sangat kuat. Tahulah kami apa yang terjadi.
Gempa Bumi! Dan tak akan menyangka akan berlaku di sini ....

Hubby lantas menyuruh aku berkemas. Risau akan ada berlaku gegaran lagi, mungkin lebih kuat dari tadi. Kami tak menunggu lama, check out pagi tu juga.
Di reception bukan aku sahaja yang ingin cepat keluar dari area Kundasang tu, hampir kesemua pengunjung lain juga seperti aku.
Bangunan cafe dan office resort agak terjejas. Lantai mengalami kerosakan, syiling juga. Pinggan dan gelas habis jatuh dan pecah.

Siap urusan check out, aku dan hubby buat keputusan untuk bersarapan. Anak2 mengadu lapar. Kasihan pula. Tapi aku dan hubby hilang selera makan walaupun lapar. Selepas anak2 makan kami lantas bergerak balik ke KK.

Melalui Facebook dan whatapps dari rakan2, baru aku tahu cerita sebenar. Daerah Ranau mengalami gempa bumi dengan kekuatan 6.0 skala ritcher. Gegaran bukan hanya dirasai di Ranau, malahan hampir seluruh negeri Sabah.

Pengalaman yang tidak mungkin akan aku lupa seumur hidup. Memang trauma dengan kejadian itu tetapi bersyukur kerana tiada apa2 yang buruk berlaku.
Tak menyangka bencana alam yang ini akan berlaku di bumi Malaysia, khususnya di Sabah.
Tetapi itu semua ketentuan dariNya. Semua yang berlaku adalah kehendakNya.

Sama2lah kita berdoa untuk keselamatan semua.




Ulang Tahun perkahwinan yang tak mungkin dilupa

$
0
0
Assalamualaikum

3hb Jun yang lalu genap usia perkahwinan aku dan hubby selama 10 tahun. Syukur masih dipanjangkan jodoh dan semoga ianya berkekalan hingga ke jannah.

Raikan secara simple ... hanya berkunjung dan stay semalam di tempat kegemaran kami, Kundasang.


Menginap semalam di Kinabalu Pine Resort pada 4hb Jun. Gambar diambil tengahari sebelum kami check in. 


Gambar pemandangan Gunung Kinabalu yang hubby ambil petang 4 Jun. Sangat indah dan tenang.

5 Jun 2015, jam 7.15 pagi. Tarikh dan masa yang tidak akan aku lupa. 



Trauma ??? Memang sangat trauma. Pengalaman menakutkan memang akan membuatkan setiap orang yang mengalaminya akan trauma. 

Buat masa terdekat ni memang tidak akan berkunjung ke Kundasang. Tetapi bila ditanya adakah serik pergi ke sana? Jawapannya tidak. Itu tempat kegemaran aku dan hubby ... tidak akan serik untuk ke sana. 





Kundasang, Ranau, Sabah - seminggu selepas gempa

$
0
0
Assalamualaikum

Seminggu berlalu sudah kejadian gempa bumi di Sabah khususnya Daerah Ranau, yang mana telah meninggalkan kesan yang ketara kepada keadaan muka bumi di Gunung Kinabalu. 
Sehingga semalam masih terdapat gegaran susulan tetapi lemah. Mengikut sumber, hingga kini terdapat lebih 50 kali gegaran susulan dirasai di sekitar Kundasang, Ranau dan Tuaran selepas gempa sekuat 6.0 skala ritcher pada hari jumaat lalu.
Semoga tidak akan berlaku tragedi yang lebih buruk selepas ini :(


Sumber : Facebook
Kesan selepas gempa bumi tempoh hari. Daerah Ranau paling terjejas. Kebanyakkan resort2 di sekitar Kundasang mengalami kerosakan termasuklah resort tempat kami menginap jumaat lalu semasa gempa berlaku. 


Sumber : Facebook
Keadaan muka bumi Gunung Kinabalu selepas kejadian. Yang nyata selepas gempa ianya tidak seperti dahulu. Donkey's Ear Peak juga musnah akibat bencana alam itu. 


Berita yang terpampang di surat khabar tempatan hari ini. Terdapat masih ada batu2 yang berjatuhan dari atas Gunung Kinabalu akibat gegaran2 susulan tu.
Manakala rabu lepas akibat daripada gegaran dan runtuhan batu dari atas gunung nenyebabkan air sungai tercemar. Dikatakan sisa2 runtuhan itu mengandungi toksik yang merbahaya jika air itu dari sungai itu digunakan. 


Gempa bumi yang berlaku baru2 ni bukan sahaja meninggalkan kesan kepada bentuk muka bumi dan fizikal tetapi kesan mental dan emosi kepada penduduk Sabah. Ada nyawa yang terkorban :(
Semoga mereka yang terbabit tabah menghadapi dugaan ini. Kepada Malim Gunung, wira kinabalu! Jasamu akan dikenang sampai bila-bila.



Gempa Bumi 5.1 skala ritcher di Ranau hari ini

$
0
0
Assalamualaikum




Sumber : www.astroawani.com


Tetap akan dikunjungi, Tetap akan dirindui

$
0
0
Assalamualaikum

2 minggu berlalu dah.
Cuti sekolah dah abis dah hubby dan anak-anak sekalian.
Hari ni hubby dah memulakan tugasnya semula. Cam biasa seperti selalu.
Anak2 mula bangun awal kembali. Memang liat pada hari pertama selepas cuti. Uminya ni lah terpaksa high pitch sikit di awal pagi.

Aku cam biasa saja.
Kerja cam aku bukan ada cuti panjang cam cuti sekolah tu.
Hari2 pun sama saja. Cuma rutin beza sedikit. Cuti sekolah tak payah hantar dan ambil anak dari sekolah. Buka sekolah kenalah mulakan 'tugas' tu semula.

Aktiviti kami cuti hari tu ??
Balik kampung ... itu perkara wajib hehe
Dan stay 1 malam di tempat favorite aku dan hubby. Sampai kami berdua di cop kaki Kundasang.
Cuma kali ni berbeza sedikit. Pengalaman manis memang selalu kami dapat dari sana, tapi kali ni kami juga dapat pengalaman baru.
Kalau boleh biarlah kami rasainya sekali sahaja. Tapi ketentuan Tuhan kita tidak akan tahu.

Trauma !! Ya tapi tak akan serik. Cuma tunggulah keadaan reda sedikit. Kundasang tetap akan kami kunjungi. Gunung Kinabalu tetap akan dirindui.

Aku dan anak2, Kinabalu Park Kundasang, Ranau, 11.30 pagi, 4 Jun 2015



Dokumentari khas Malim Gunung di Tv1

$
0
0
Assalamualaikum

Semenjak kejadian gempa bumi di Ranau hari tu, nama Malim Gunung disebut-sebut sebagai penyelamat. True Kinabalu Hero! Dengan tenaga tulang 4 kerat dan kemahiran yang ada, mereka dapat menyelamatkan seramai seratus lebih pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu hari tu. 

Ada yang tidak mengetahui siapa sebenarnya malim gunung ni. Yang pernah mendaki Gunung Kinabalu memang dah tahu siapa mereka. Yang belum tahu, jom sama-sama berkenalan dengan mereka melalui dokumentari khas di Tv1 hari ini 16 Jun 2015, jam 9.05 malam.



Jasamu akan dikenang! Syabas juga kepada mereka2 yang terlibat dalam operasi menyelamat tempoh hari!




Salam Ramadan 1436H

$
0
0
Assalamualaikum


Alhamdulillah dah masuk 1 Ramadan kita hari ni. Semoga segala amalan kita pada tahun ini diterima dan diberkati olehNya. 

Semoga segala dugaan dan cabaran yang mendatang akan dapat ditempuhi dengan tenang, khasnya nasib penduduk Kundasang dan Ranau sekarang. Sudah beberapa hari bekalan air bersih terputus akibat loji air rosak oleh banjir lumpur isnin lepas. 

Sedangkan kita sehari pun tiada bekalan air sangat susah, tergendala segala urusan harian, inikan mereka yang sudah beberapa hari tidak mendapat bekalan air bersih. Nak2 lagi dah masuk bulan puasa ni, besar sungguh dugaan mereka. Seminggu yang lepas dugaan gempa bumi, minggu ni pula banjir lumpur.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga mereka diberikan kekuatan dan kesabaran menempuh segalanya dibulan ramadan ni.






Ubat yang tidak membatalkan puasa

$
0
0
Assalamualaikum

Puasa yang ke-3 hari ini. Alhamdulillah ... ternampak maklumat yang dikongsikan di Facebook ... rasanya sangat berguna untuk mereka yang bergantung kepada ubat atau memerlukan rawatan semasa berpuasa. 

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Ini tempat kegemaran bapa

$
0
0
Assalamualaikum

Bukan lupa untuk ucapkan selamat hari bapa ... tetapi setiap hari aku sangat berterima kasih kepada bapa. 

Bapa tidak pernah mengenal erti penat ... tidak pernah mengenal erti jemu ... tidak pernah mengeluh ... demi membesarkan anak-anaknya.

Bila melihat tempat ini, mesti teringat bapa ... tempat bapa mencari rezeki sampingan untuk menyara keluarga. Apalah sangat diharapkan dengan gaji seorang pekerja bawahan, penjaga stor jabatan kerajaan ... memang tidak cukup. Tempat inilah yang akan bapa pergi setiap kali habis kerja jam 4.30 petang. Juga pada hari sabtu dan ahad. Seharian bapa di situ. Tidak akan pernah jemu.

Dan sekarang, setelah pencen, setelah anak2 membesar, berkeluarga dan berjaya ... tempat ini masih lagi menjadi lokasi kegemaran bapa. Kalau dulu sebagai penambah pendapatan, sekarang untuk penghilang bosan.


Terima kasih bapa

Lukisan Alam

$
0
0
Assalamualaikum

Salam ramadan 6 ... tak sedar nak masuk seminggu kita di bulan puasa. 

Kongsi sedikit hasil karya hubby untuk tatapan korang





Berbudi kepada tanah

$
0
0
Assalamualaikum


Tak sangka bapa ada tanam pokok nenas di belakang rumah. Gambar ni aku ambil sebelum puasa yang lalu.
Aku selalu juga jenguk2 kebun belakang rumah jika balik ke kampung tapi tak pula perasan pokok nenas ni. Tengok2 lagi dah berbuah kesemuanya. Ada 7 pokok rasanya pokok nenas bapa ni.

Kata bapa 2 biji khas untuk dimakan dan 5 biji lagi akan dijual di tamu (pasar minggu). 
Mak setiap hujung minggu akan buka gerai di tamu. Jual hasil kebun belakang rumah, buah sukun, pokok bunga yang pelbagai jenis tu, dan macam2 lagi. 
Hobi mak, walaupun penat kami benarkan juga. Lagipun kami tau mak bosan duduk di rumah ... anak2 dan cucu tinggal berjauhan huhu

Selain pokok nenas ada banyak lagi bapa dan mak tanam. Kebanyakkannya menjadi. Kata orang tua kalau orang yang tanam tu tanamannya menjadi punya tangan sejuk dan sebaliknya. Kata orang tualah. 
Aku tanam .. macam tak menjadi. Nak kipas2kan tangan dulu biar sejuk agaknya baru boleh menanam hehe.

Bila kita berbudi kepada tanah, in sha Allah banyaklah hasilnya .. tak gitu 








Puasa ke 15

$
0
0
Assalamualaikum

Tak sedar dah masuk 15 Ramadan. Ada 2 minggu lagi kita di bulan puasa sebelum menyambut syawal kan. Memang tak sedar masa berlalu begitu pantas.

Puasa aku dan keluarga tahun ni seperti biasa. Usah diceritakan tentang ibadah yang dibuat .. bagi aku ianya tak perlu dicanang satu dunia. Itu urusan kita dengan yang Maha Kuasa. 
Ada yang update dah khatam Al Quran ... ada yang gambar diri sudah selesai tarawikh ... ya kita tau itu semua ditentukan oleh niat kita. 
Jika niat untuk menggalakkan yang lain turut serta, alhamdulillah tapi kalau niat hanya untuk menunjuk ... takut kita terjerumus kepada perbuatan riak pula.

Ok tak mo komen panjang ... takut di cop ustazah segera. :)

Ya aku masih berblog cuma sekarang sangat sangat sibuk. Post tenggelam timbul. Rindu dah nak bagi komen di setiap entri teman2. 
Sibuk aku mengalahkan menteri hehe (alasan) ... tapi memang serius sibuk.
Ni aku diam2 update kat opis sambil buat kerja. Kesian blog dah bersawang. Sepi saja tanpa pengunjung. 

Ok tu je nak update. Kesian korang baca entri ntah apa-apa ni. 
Nanti aku up entri yang lebih berfaedah untuk korang hehe





Mesilau ... selepas kejadian itu

$
0
0
Assalamualaikum

5 Julai ni genap sebulan kejadian gempa bumi yang melanda Sabah khususnya di Kundasang dan Ranau.
Trauma aku memang masih ada tetapi kaki dah terasa gatal nak jejak ke Kundasang lagi. Nak juga tengok keadaannya selepas kejadian yang tidak diduga tu.
Gempa bumi yang berlaku menyebabkan kejadian banjir lumpur di sekitar Mesilau dan Kampung Kiau Kota Belud.
Kesan banjir lumpur memang sangat ketara sekali. Selain kerosakan ke atas harta benda, bentuk muka buminya juga turut berubah.

Mesilau adalah salah satu tempat menarik yang korang wajib kunjungi jika berada di Kundasang. Udara nyaman, dikelilingi oleh hutan tebal yang terletak di kaki Gunung Kinabalu.
Hubby memang suka ke sini sebab banyak tempat best dan cantik untuk disnap.


Tahun 2013 rasanya kami ambil gambar ni. Dekat sahaja dengan Mesilau Resort yang terletak di kaki Gunung Kinabalu.
Kalau korang ke sini, confirm akan terpegun dengan keadaan hutannya dan juga suasananya. Seakan berada di Lost World. Tiada bunyi manusia dan benda ciptaan manusia ... hanya bunyi unggas hutan yang sayup2 kedengaran.

Tetapi semuanya berubah dalam sekelip mata sahaja. Semuanya musnah akibat banjir lumpur dan juga batu2 besar yang jatuh dari Gunung Kinabalu.
Ni gambar yang aku dapat daripada Facebook. Mohon pinjam ye pemilik gambar. Nak letak sini untuk buat perbandingan.

Sumber : Facebook

Jelas sangat bezanya. Sekelip mata nikmat pemandangan ditarik. 😔
Sekarang ni pihak berwajib rasanya sedang berusaha untuk memulihkan kembali keadaan. Harapnya para pengunjung tidak takut untuk kembali ke Sabah khususnya di Kundasang ni.



Balik kampung ... itu wajib bagi aku

$
0
0
Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik ... tinggal seminggu lebih lagi kita akan menyambut bulan syawal. Rasanya semua pun dah sibuk membuat persiapan menyambut raya. Tak kira tua muda, bujang atau yang dah berkeluarga. Ada yang sibuk dengan tepung marjerin segala, ada yang dah sibuk mengetuk pintu rumah si tukang jahit ... ye lah kan, hantar kain dah 3 4 bulan yang lepas, tapi baju tak siap-siap lagi. Siapa yang tak angin kalau gitu ... aku pun pernah rasa pengalaman macam tu ... janji 2 minggu sebelum raya boleh ambil ... last2 malam raya baru dapat baju ... itu pun baju cam bukan baju raya, jahitan serabai semacam huh!

Aku semasa zaman bujang, macam koranglah eksaited semacam, Tapi sejak dah ada anak2 ni, eksaited tu dah turun sedikit peratusannya. Baju raya main beli jak. Kan dah banyak baju ready made yang cantik2. Beli baju pula yang boleh recycle terus untuk baju kerja. Beli baju raya di Kamdar ... memang berbaloi kihkihkih harga sepasang baju tak sampai pun RM50. Tak berapa nak curlass baju tak apa, janji boleh pakai ...

Anak2 memang wajib. Semua aku beli serba baru. Biarlah aku dan hubby guna baju recycle, yang penting kemeriahan raya tu anak-anak dapat rasa.
Beli sekadar mampu, baju melayu dan baju kurung sepasang dan juga sepasang baju kasual seorang satu. Tak berjenama tak apa, yang penting biar mereka rasa sambut raya tu sebenarnya sangat meriah pada zaman kanak-kanak, Biar raya kanak2 dorang boleh dikenang bila dorang dewasa nanti.

Satu lagi kemestian yang aku nak anak-anak aku tahu ... balik kampung jenguk mak bapa aka atuk dan nenek mereka. BALIK KAMPUNG itu wajib bagi aku. Bukan setakat semasa cuti perayaan sahaja, tetapi juga bila ada masa yang mengizinkan, cuti-cuti sekolah ke atau di hujung2 minggu.
Aku dan hubby jadikan itu sebagai satu amalan yang wajib. Jenguk ibu bapa, tanya khabar dorang di kampung, gembirakan mereka selagi masih ada.

Kalau diikutkan memang balik kampung tu memerlukan modal yang banyak, Nak-nak lagi bagi mereka yang kampungnya jauh. Tapi itu bukan alasan tak balik ke kampung. Ada sesetengah keluarga buat perancangan, balik kampung semasa cuti panjang seperti cuti sekolah atau cuti perayaan. Biar lama sikit bercuti di kampung. Nak-nak lagi cuti musim raya ni, meriah tau bila semua adik beradik berkumpul. Mak bapa senyum melebar hingga ke telinga bila melihat anak-anak bersama dengan mereka. Kita yang tengok mak bapa gembira terus hilang masalah modal dan budget yang banyak tu. Bila kita menggembirakan orang tua, in sha Allah adalah ganjarannya tu.

Raya ni in sha Allah, malam raya aku dan hubby sekeluarga akan balik ke Kota Marudu. Kalau boleh nak balik 2 3 hari sebelum raya tapi apa boleh buat, cuti approve start malam raya tu saja. Nasib baik kampung aku tak jauh, 2 jam perjalanan sahaja dari Kota Kinabalu. Kampung hubby pula letak bersebelahan dengan kampung aku. Satu jalan juga, pagi raya boleh jenguk mak bapa hubby pula.

Aku tak kisah tak cukup budget kah, apa kah ... yang penting dapat BALIK KAMPUNG. Duit boleh dicari, mak bapa tiada pengganti.

Sekian.

Sumber : www.last.fm




Wordless Wednesday # 84

$
0
0
Assalamualaikum

Hari ni dah mula kerja balik selepas 5 hari cuti raya. Anak2 mula bersekolah esok, hubby pula mula berkerja minggu depan. Cuti raya sakan lah dia, tapi terpaksa duduk di rumah sebab wifenya ni kerja. 

Hampir 2 minggu aku bercuti dari blog ni. Banyak cerita tapi kemalasan melanda. Jadi sunyi sepilah blog ni sekejap.
Harap-harap lepas ni datanglah rajin tu ye.

Ni aku belanja dua keping wefie aku, hubby dan anak-anak raya pertama. Tahun ni tema kami hijau berlumut-lumut gitu. #makkohijau hehe




Tema mesra alam gitu .. hehe



Tips : snap gambar anak

$
0
0
Assalamualaikum

Siapa yang tak suka tangkap gambar anak. Kalau boleh setiap hari kita nak snap foto anak, simpan kemas dalam album untuk tatapan di hari tua. 

Time nak snap gambar anak, memang jenuhlah mak bapa suruh anak2 bergaya depan kamera, kalau yang memang fotogenik, mudahlah ... snap2 dapat gambar yang comel tapi kalau yang tak suka kamera, macam mana pula. 

Sedikit tips untuk mereka yang hadapi masalah ni.

Jangan paksa
Kanak2 bila benda tu dia tak suka dan kita paksa buat memang tidak akan menjadi.
Jangan paksa anak senyum, gaya macam tu atau gaya macam ni .. kita tak akan dapat hasilnya. 
Lebih baik biarkan anak bergaya secara neutral, meaning suka hati dia nak buat macam mana. Kadang2 bila biarkan anak, hasil gambar lebih cantik dari yang kita jangka.

Mood
Yang ni semua pun faham. Takkan masa anak ko sedang tantrum ko sibuk nak tangkap gambar. 
Tapi kan kadang2 comel je bila dapat snap gambar anak yang sedang nangis.

Suasana/persekitaran
Nak ambil mood anak bergambar, cuba bawa mereka ke tempat yang mereka suka. Contoh taman permainan, shopping complex, zoo atau pun balik kampung.
Sure mesti banyak gambar anak dalam mood happy yang korang boleh snap.

Tahu apa moment yang mak bapa nak snap
Snap gambar anak tak semestinya muka anak mesti menghadap kamera. 
Kadang-kadang anak2 yang sedang khusyuk membaca atau menonton tv juga boleh menjadi target untuk kita rakam gambarnya. Gaya anak2 yang tidak dibuat2 dan neutral merupakan moment terbaik untuk diabadikan dalam album gambar.
Masa tu wajah anak nampak sangat suci dan naif. Comellll sangat.





Ni gambar anak2 yang hubby snap. Kalau boleh nak suasana macam ni sepanjang masa. Bila dorang dah dewasa nanti, gambar ni lah yang akan selalu menjadi tatapan aku dan hubby.



Hijau Mesra Alam, pilihan kami

$
0
0
Assalamualaikum

Raya kami tahun ni seperti biasa jak. Sambut sederhana di kampung aku Kota Marudu. Nasib baik kampung aku dan hubby sebelah menyebelah jak so tak risau nak gilir2 balik kampung siapa tahun ni.
Malam raya kami balik ke kampung, konpiden esok mesti raya. Malam tu mohor2 besar tu umum, confirm mesti besok raya, anak bulan syawal tak sabar2 nak keluar gitu.
Tapi pernah juga tarikh raya tak sama dalam kalendar. Zaman aku budak2 dulu so extra sehari lagi puasa.

Baju raya seorang sepasang dah cukup bagi kami. Tahun ni hubby yang pilih tema kaler. Katanya nak hijau. Aku heran juga sebab koleksi baju melayunya tak ada pun kaler hijau. Hubby aku ni bukan suka beli baju melayu yang ready made, baju muat tapi seluar selalu sangkut di perut ... kihkihkih. Sebab tu baju melayu dia yang jahit ukur badan sendiri. :P

Katanya dia nak ubah imej sikit tahun ni. Nak pakai jubah gitu. Ikut trend juga laki aku ni, orang nak berjubah dia pun nak juga. So ikut je lah, yang penting bukan jubah yang pelik2 designnya tu. Dah macam jubah orang mengandung aku tengok.

So misi cari baju raya bermula. Percaya atau tidak tak sampai setengah hari dah dapat baju raya aku dan anak2.
Belanja hangus baju/tudung aku, baju melayu dan baju kurung untuk Shumi, Shamzi dan Damia hanya dalam RM150 gitu. Ko rasa mahal ke murah :P
Hubby pula beli dekat2 nak raya tu. Sehelai jubah dan seluar senteng. Ngam2 RM100 harganya setelah puas merayu minta diskaun. Hehe

Aku dan hubby tak kisah pada jenama. Yang penting baju tu selesa dipakai. 
Kalau kita pandai cari, kadang2 yang murah tu lebih cantik daripada baju lip lap lip lap ala mak datin tu.
Tudung bagi aku tak payahlah berfareeda atau berariani sangat. Tak mampu. Lebih baik aku buat belanja rumah. Tudung mahal2 tapi poket kosong tak guna juga kan. Hehe
Tudung raya aku cuma tudung bawal biasa harga RM6.00 :D

Ok takmo komen pasal harga/jenama baju raya segala. Tak kisahlah ko nak beli mahal ke murah, yang penting bijak dalam berbelanja. Utamakan keperluan dahulu baru kehendak ... gitu.
Nak2 lagi zaman GST sekarang ni, semua harga barang tetiba melambung tinggi. Dari sudut mana membantu rakyat, masih tercari2 lagi ni. Tak juga jumpa sudut tu.

Dah puas aku membebel pasal tema baju raya sampai terbabas pegi GST pula, maka aku hadiahkan korang gambar raya kami untuk tahun 2015 dengan tema Hijau Mesra Alam .... :P




Mesra alam kan. Gambar pun hijau jak semua. Hampir tak nampak kami berdiri di situ hehe


Aiskrim Goreng

$
0
0
Assalamualaikum

Dah isnin .. jalan raya dah kembali normal aka jammed. Dah seminggu lebih beraya sakan, rata2 ramai yang dah kembali bekerja. Sekolah pun buka semula. 
Nasib baik aku dah start keja minggu lalu, kalau nda memang kena kejutan sedikitlah sebab bercuti lama. Masing2 berebut nak hantar anak ke sekolah, pastu berkejar ke tempat kerja.

Ni aku nak cerita kisah anak-anak aku mengidam aiskrim goreng. Ni pengaruh iklanlah ni. Sejak raya2 ni selalu pula keluar iklan aiskrim goreng chef tu. 
Nampak cam sedap juga. So anak-anak teringinlah nak makan.

So sabtu tu singgah ke Giant beli barang2 dapur, belilah sekotak aiskrim ni. Mahal juga rupanya, sekotak dekat 12 ringgit. Dalam dia ada 6 biji jak. Cukuplah sebiji sorang. Beli perasa vanilla, sebab aku tak suka coklat, anak-anak pula tak gemar durian. Jadi adillah ambil vanilla semua boleh makan :P

Janji dengan anak goreng aiskrim besoknya. Dah terbayang2 rupa bentuk aiskrim cam dalam iklan tu. Panas kat luar, sejuk beku kat dalam.
Actually ni first time beli dan goreng aiskrim ni. So ikut arahan di kotak tu. 
Goreng dalam masa 8 saat. Memang sekejap pun aku goreng dan terus angkat. Panggil anak-anak suruh makan.
Gigit jak, aiskrim yang cair meleleh keluar. Aikkk apasal cair gila. Tak macam dalam iklan pun ke aku yang salah goreng atau iklan tu indah khabar dari rupa. 

Rupa dah ada tapi isi dia langsung tak serupa dengan iklan langsung. :P



Viewing all 509 articles
Browse latest View live