↧
Bubut !
↧
Pusat Membeli belah di Sabah
Assalamualaikum
Di Sabah kebanyakkan bangunan pusat membeli belah terletak di Kota Kinabalu. Walaupun ianya tidak sehebat pusat membeli belah Pavillion atau Berjaya Times Square di Kuala Lumpur tetapi kebanyakkan outlet yang ada di sana juga boleh di dapati di sini.
Ok ... antara shopping mall yang legend kat Kota Kinabalu, maknanya dah lama dibuka.
Centre Point Sabah
Sumber : wikitravel.org |
Wisma Merdeka Sabah
![]() |
Sumber : www.maricorealty.com |
Kompleks Karamusing
![]() |
Sumber : Google Image |
Ni antara shopping mall yang awal dibuka di Kota Kinabalu. Wisma Merdeka dan Kompleks Karamunsing paling awal dibuka ... kemudian Centre Point yang banyak sentimental value untuk aku. Yalah zaman study dulu, tempat ni lah kitaorang selalu lepak-lepak release tension dan juga dating di KFC ...upppss.
Kompleks Karamunsing ni pula boleh dipanggil Low Yat KK kerana terdapat banyak kedai menjual pc, tablet, hp ... ala ala Low Yatt Plaza di KL tu.
Kompleks Karamunsing ni pula boleh dipanggil Low Yat KK kerana terdapat banyak kedai menjual pc, tablet, hp ... ala ala Low Yatt Plaza di KL tu.
Kemudian banyak lagi shopping mall dibuka di Kota Kinabalu yang lebih banyak menawarkan banyak outlet yang menjual barangan branded dan mahal. Ni untuk mereka yang suka bergaya mewah lah.
1 Borneo Hypermall
![]() |
Sumber : icgt2015.weebly.com |
Suria Sabah
![]() |
Sumber : www.skyscarpecity.com |
Kedua pusat membeli belah ni selalu menjadi tumpuan orang ramai terutamanya di hujung minggu dan juga cuti am. Aku selalu ke 1 Borneo sebab lokasinya dekat sahaja dengan rumah.
Suria Sabah mungkin baru 3 kali ke sana. Tak berapa suka sebab ianya terletak di tengah bandar KK. Malas nak meredah jammed.
Selain dua shopping mall ni ... satu lagi pusat membeli belah dibuka di area KK. Baru sahaja grand opening hujung bulan mac yang lalu.
Sebelah sahaja dengan opis tempat aku kerja ni, maklumlah sama developer kan.
Imago Mall
![]() |
Sumber : sabahbah.com |
Actually banyak lagi pusat membeli belah di area Kota Kinabalu ni. Ada yang sedang dalam pembinaan ... kat depan kawasan perumahan aku tu pun ada satu yang sedang dalam pembinaan. Makin sesaklah tempat kami tinggal bila dah siap nanti.
So korang yang nak datang ke KK bolehlah berkunjung ke pusat2 membeli belah ni. Ok bai!
↧
↧
Wordless Wednesday # 81
↧
Dah kembali
Assalamualaikum
Dulu selalu kongsikan gambar-gambar moment, pemandangan, anak-anak dalam blog ni. Jurufotonya sedang rajin so banyaklah gambar2 yang tak seberapa itu terhasil.
Tapi semenjak 2 menjak ni, moodnya tak ada. Malas nak ambil gambar sebab laptop kesayangannya rosak ... Almaklumlah dah dekat 7 tahun berkhidmat untuk tuannya.
Tapi baru2 ni dah ada pengganti si laptop tu. Lebih upgrade katanya ... berkat kumpul sikit demi sedikit, dapatlah sebuah 'gadget' yang lebih canggih. Mood jurufoto dah up kembali ...
Ok bai! Selamat bercuti!
↧
Selamat Hari Buruh di Hari Jumaat
↧
↧
Hasilnya
Assalamualaikum
Dah 4 hari berturut cuti ni, nak pegi keja terasa lemau jak. Malas pun ya juga. Anak2 pun sama dengan uminya punyalah liat nak bangun ... hehe Damia lepas mandikan dia tadi boleh lagi sambung tidur.
So kerana badan dah lemau, otak pun sedikit tepu. Nak juga update blog tapi idea masih ditahap beku lagi.
Ni aku bagi tepek gambar yang aku snap dengan bersungguh2. Hampir-hampir nak tertiarap aku kat pasir tu gara-gara nak ambil angle ni. Tapi kalau aku tersembam kat pasir tu pun puas hati sebab hubby kata cantik ... hehe
![]() |
Lokasi : Pantai Tg Simpang Mengayau Kudat |
Aku tak tahu apa sebenarnya benda bulat berduri tu tapi unik. Tu sebab aku bersungguh snap gambar ni. Matahari pun nak turun dah ... dekat2 nak sunset gitu. Bestnya pemandangan masa tu.
Sebab tu kalau ada moment yang korang jumpa camni cepat2 abadikan dalam kamera korang. Sure tak menyesal punya. :D
Ok bai!
↧
AirAsiaMAKNA - Air Asia Limited Edition T-shirts to raise fund for MAKNA
Assalamualaikum
Air Asia salah satu syarikat penerbangan tambang murah di Asia telah menjalankan satu kempen kebajikan dengan mengeluarkan T-shirt khas untuk dijual kepada umum bermula hari ini 8 May 2015. Hasil daripada jualan T-shirt ini akan disumbangkan sepenuhnya kepada National Cancer Council of Malaysia (MAKNA).
![]() |
Limited Edition T-Shirt from Air Asia |
![]() |
Siaran Media mengenai kempen ini |
So cepat dapatkannya ... membeli sambil beramal gitu ...
Note : Memo amal dari Air Asia Blogger Community
↧
Hidangan sempurna dari Mak
Assalamualaikum
Dah banyak tempat makan aku kunjungi. Menu dari yang bercirikan kekampungan hinggalah yang kebaratan. Memang sedap dan lazat. Ada yang 2 3 kali mesti berkunjung ke sana. Tak sah kalau tak makan lagi ....
Tapi ....
Selazat-lazat pun masakan itu, sangat sangat sangat tidak setanding dengan apa yang dimasak oleh mak. Mak bukan seorang tukang masak profesional, bukan chef, tidak ada belajar masak dari mana2 sekolah. Malahan mak aku seorang buta huruf ... tidak bersekolah. Tapi setiap kali dia masuk ke dapur dan masak .. setiap menunya tidak pernah mengecewakan kami 5 beradik. Tak perlu ayam goreng, tak perlu spaghetti carbonara, tak perlu burger cheese meleleh ...
hanya sekadar nasi kosong, ikan masin goreng, kangkung tumis untuk makan tengahari ... nikmatnya hanya Tuhan yang tahu. Sedap masakan mak tidak boleh dibandingkan dengan sesiapa pun.
Mak ... kami sangat bersyukur dengan apa yang kau berikan kepada kami selama ini. Kami hargai setiap titis peluhmu ketika menyediakan hidangan sempurna untuk kami semua. Bukan hanya hari ini tapi di sepanjang hayat kami tetap akan menyanjungmu mak ....
↧
PanCake House International
Assalamualaikum
Kami sekeluarga sebenarnya jarang masuk ke restoran yang ala ala Fine Dining ni. Al maklumlah harga agak terlebih budget dan restoran terlalu 'rasmi' .. ye lah macam kalau nak masuk sini, baju mesti smart2 kemas2 .. anak-anak mesti sopan santun kelakuannya. Kalau ko pakai simple semacam .. anak2 pun dah aktif sangat macam kanak2 ribena, mulalah aku terasa cam orang pandang semacam jak. Nak makan pun tak selesa. Sebab tu aku suka masuk restoran biasa2 jak. Makan berbaloi dengan harga tanpa ada mata2 serong memandang. Hehe
Tapi sekali sekala tu teringin juga. So hari tu sempena increment day aku ... gitu increment ... Syukur alhamdulillah, company tempat aku kerja ni tiap-tiap bulan Mac setiap tahun akan naikkan gaji para pekerjanya (Peratusan naik tu ikut prestasi kerja masing2 lah ye).
Maka orang yang ada rezeki lebih sikit ni pun bawalah hubby dan anak2 makan ke Pancake House International di 1 Borneo tu. Makan ala2 fine dining ye.
Restoran ni menu utamanya semestinya pancake ... dah nama pun dah ada sebut pancake. Tapi hari tu kitaorang tak order pancake, hubby nak diet kononnya so order salad, Shamzi dan Damia order spaghetti ... aku dan Shumi pula order special menu from Pancake House ni ... sepinggan besar tau datang, ada spaghetti, taco, salad dan fried chicken. Kira berbaloi lah dengan harganya.
Pertama kali datang sini kira puas hati jugalah sebab sedap. Terutamanya taco saladnya. Kata hubby sepinggan memang mengenyangkan walaupun sekadar salad.
Kira belanja hangus tu malam tu ngam RM100 ada sen2 tak ingat dah. Oklah harga untuk 5 orang makan.
↧
↧
Kudat Golf & Marina Resort
Assalamualaikum
Cuti Hari Buruh hari tu, aku hubby dan anak2 stay kat Kudat Golf & Marina Resort. Lokasi resort? 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Pengangkutan ?? Boleh drive sendiri atau ikut kereta sewa yang korang boleh cari di perhentian bas depan Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
Sebenarnya ni plan last minute. Kita orang pun tak rancang nak pegi ke Kudat. Tapi hubby dah beria2 nak ke Tip of Borneo Tanjung Simpang Mengayau tu, jadi tak nak hampakan dia ... aku pun mulalah operasi cari tempat stay.
Kalau diikutkan kitaorang sebenarnya boleh jak ulang balik Kudat ke Kota Marudu dan tidur di rumah di kampung tu tapi hubby cakap nak santai2 dengan anak bini barang semalam gitu. Oklah ..
Nasib baik dapat tempat stay .. itu pun 2hb .. 1hb Mei hotel dan resort kat Kudat fully booked. Tak ada event pun kat Kudat masa tu ... mungkin semua pun pakat2 pegi ke Tg Simpang Mengayau cam hubby aku.
Dapat bilik kat Kudat Golf & Marina Resort. Ni kali kedua stay sini. Bilik kat resort ni semua sama besar. Yang membezakan hanyalah view bilik. Bilik menghadap laut mahal sedikit berbanding menghadap kebun bunga.
Hari tu kami dapat bilik menghadap kebun bunga .. oklah daripada tiada. Rate RM156 nett termasuk sarapan percuma untuk 2 orang. Harga asal sebenarnya RM166, tapi kitaorang guna Government ID so dapatlah less sedikit.
View dari depan Kudat Golf & Marina Resort
Bilik kitaorang hari tu. Oklah. Kemas dan bersih cuma dah agak uzur sedikit barang2 kat dalam bilik ni. Tv dia pun yang jenis gemuk tu lagi.
Aktiviti wajib untuk anak2. Uminya sekadar tumpang rendam kaki jak. Temankan Damia berkubang. Aku belum berani biarkan Damia sendiri dalam kolam tu.
Note : Semasa di kolam hari tu memang ramai budak2 dan parent dia mandi manda di kolam tu. Aku perasan ada 2 orang beradik ni datang ke kolam. Kakak dan adik lelakinya. Si kakak tu rasanya dalam darjah 2 atau 3. Si adik tadi budak lelaki sebaya Damia. Kecik jak. Mak bapa dorang tak tahu kat mana tapi aku perasan maknya duduk nun di restoran sambil membaca novel. Aku teka itu maknya sebab si kakak tadi menuju ke arahnya sambil menyimpan barang2 mereka.
Sementara si kakak kat tempat maknya, si adik tadi aku tengok cuba turun ke kolam dewasa. Perlahan2 dia julurkan kaki ke dalam kolam tu. Aku pula yang rasa cemas sambil aku perhatikan terus budak tu. Sambil2 tu aku tengok maknya yang asyik membaca novel. Aku tengok lagi budak tu .. dah separuh badannya masuk ke dalam kolam tu tapi tangannya masih berpaut kat tepi kolam tu. Agaknya dia terasa kakinya tak jejak dasar kolam tu, dia naik kembali dan memanggil kakaknya.
Aku pula yang tarik nafas lega.
Aku bukan nak kata aku parent yang perfect tapi kelalaian macam ni lah yang boleh membahayakan anak kita sendiri.
Tak salah ko nak baca buku tapi agak2lah anak ko masih kecil dibiarkan seorang diri dekat kolam yang dalam tu. Kalau berlaku yang buruk baru nak menyesal. Isshh aku pula yang emo.
Aku ada anak kecil dan aku sangat fobia dengan kemalangan yang melibatkan anak2 kecil ni.
↧
Wordless Wednesday # 82
↧
Pohon 'Keramat'
Assalamualaikum
Maaf bukan keramat yang syirik itu ... nahuzubillah.
Keramat aku katakan sebab pohon ini yang akan aku lalu setiap kali menuju rumah di kampungku ... Kota Marudu.
Orang Kota Marudu sangat kenal dengan pohon ini. Pohon ini yang akan menunjukkan anda melalui jalan yang betul untuk ke Kota Marudu.
Setiap kali lalu pohon ini .. hati secara tetiba menjadi gembira, sayu, rindu ... teruja nak balik kampung.
Sudah lama pohon ini .. semenjak aku berhijrah ke Kota Kinabalu pada tahun 1999 hingga sekarang masih setia tegak berdiri di situ ...
Tapi hakikatnya seperti makhluk bernyawa yang lain ... pohon ini akan tumbang juga suatu hari nanti ...
Note : Mood cuti sebab Puan blog cuti hari ini. Ok bai!
↧
Terima Kasih Cikgu!
Assalamualaikum
Ok semua orang tahu, hari ni merupakan hari guru. Semua orang berlumba2 untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bergelar pendidik kerana berjaya mendidik mereka hingga berjaya.
Aku walaupun ayat agak klise ... juga tidak ketinggalan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah mengajar dan mendidik aku hingga boleh berdikari seperti sekarang. :D
Juga sangat2 berterima kasih kepada guru2, ustaz dan ustazah yang mengajar anak2ku tanpa jemu. Tahu anak2ku sedikit nakal tetapi mereka tetap sabar mendidik mereka hingga aku rasa terharu melihat pencapaian mereka.
Ternampak aktiviti2 ni dikongsi oleh pihak tadika dan sekolah agama Shumi, Shamzi dan Damia.
Sumber : FB Tad.Intensif Cahayaku & SAR Annur Sabah
Tipu kalau aku tidak bangga ... terharu bila melihat nama anak sendiri dinyatakan dalam gambar tu. Sangat sangat sangat berterima kasih kepada cikgu ustaz ustazah mereka. Sangat menghargainya.
Terima Kasih Cikgu!
Note : Pendidik adalah cikgu tetapi cikgu sebenar adalah kita sebagai ibu bapa. Sebab itu kita selalu dengar didikan awal adalah dari rumah. Peribadi yang kita bentuk itu yang dibawa oleh anak2 ke sekolah dan cikgu sebagai pelengkap didikan anak2 kita.
↧
↧
Laksa simple
Assalamualaikum
Tayang sikit gambar laksa hasil air tangan sendiri. Walaupun agak poyo sebab happy berjaya masak laksa sendiri, aku tetap nak tayang. Orang lain dah khatam cara masak laksa, aku baru ngada2 belajar cara masaknya. Hehe
Aku bukan peminat tegar laksa tapi sekali sekala tu teringin juga makan. Kalau nak makan laksa murah terpaksa tunggu bazar ramadhan ... itu pun rasa dia hampeh. Kuah laksa cair semacam. Laksa ni pula kalau kat restoran biasa di KK ni jarang jual. Adapun laksa kat Old Town tu. Bolehlah taste dia.
Tapi orang kata kalau main beli memang tak puas makan. Kalau masak sendiri ni bolehlah bedal 2 3 mangkuk :P
So teringinlah nak mencubanya. Tapi satu hal lagi. Malas pula nak siang2 ikan, nak rebus2 ikan, asingkan isi dan tulang .. pastu blend lagi. Leceh ... -dasar pemalas-
Tetiba teringat rakan2 lain guna sardin dalam tin sebagai pengganti ikan rebus tu.
So godek2 resepi, beli bahan dan ahad petang tu masak.
Dalam setengah jam siap ... ooo senang rupanya masak kuah laksa ni. Main masuk dan rebus jak. Juri hari tu of course lah hubby. Sedap katanya ... 2 mangkuk habis. Berbunga2 hati bila hubby cakap sedap walaupun percubaan pertama kali. Hehe
Dan dia tak sangka pula, sardin dalam tin boleh jadikan bahan utama kuah laksa.
Anak2 pun suka .. seorang semangkuk gitu. :D
Resepi ?? Ala kuah laksa simple je pun. Korang masak lagi sedap dari aku apa ..
Ok ... tu je. Bai!
↧
Wordless Wednesday # 83
↧
Mudah, selesa .. tak payah nak sembunyi dah
Assalamualaikum
Alhamdulillah ... 23hb yang lalu, kakak selamat melahirkan anaknya yang ketiga. Seorang bayi lelaki comel maknanya dah 3 hero kakak.
Kakak cam ibu-ibu yang lain juga kalau boleh nak berikan susu ibu sepenuhnya untuk bayi dia. Penuh khasiat, tingkatkan antibodi bayi, senang, mudah dan jimat. Hehe Tak payah nak bancuh2, selak jak baju, dah sedia untuk susukan anak korang. Betul kan.
Memang sangat mudah. Tapi ada satu jak masalahnya, kalau kita berada di tempat awam, kat hospital ke, kat mall ke atau kat kedai makan. Macam mana korang nak selak. Kalau kat rumah tu lainlah ceritanya, korang suka hati nak susukan bayi.
Kalau anak dah menangis merengek nak menyusu, takkan nak biarkan pula ... Naluri seorang ibu tak akan biarkan anaknya menangis, apalagi nangis kelaparan.
Cam aku zaman dulu ( 4 9 tahun yang lalu) .. kalau tetiba anak nak susu ketika di tempat awam, terpaksalah cari tempat duduk di penjuru2 kedai. Kalau kat restoran, cari meja yang agak tersembunyi. Pastu badan hubby yang gebu itu jadi benteng, cover sebab nak selak baju sikit.
Kadang2 tu terpaksa usung towel ke kain sarung ke untuk cover.
Zaman aku dulu, baju2 mesra ibu yang susukan anak belum ada. Kalau ada pun, tak banyak dijual di pasaran.
Berbeza dengan sekarang ni, dah banyak peniaga yang menjual pakaian atau baju khas/mesra untuk ibu2 yang susukan anak ni. Cantik2 pula fesyen baju tu tapi mudah nak selak bila nak susukan anak dan dalam masa yang sama masih boleh menjaga aurat si ibu tadi.
Senang jak nak cari baju2 ni, kebanyakan boleh dibeli secara online. Mudah kan, sambil2 susukan anak, sambil2 tu ngadap laptop cari baju. :D
Tapi kalau cantik jak tak cukup .. jenis fabrik (kainlah tu) juga orang ambil kira.
Kalau kain terlalu tebal atau jarang tak best juga kan.
Kalau kain terlalu tebal atau jarang tak best juga kan.
Dan memandangkan kakak baru melahirkan anak, kiranya nak carikan dia sepasang baju menyusu, kira hadiahlah konon untuk dia sebab dapat baby baru.
Cari punya cari ternampak satu laman web yang menjual pakaian menyusu untuk muslimah ni. Cantik2 pula aku tengok baju kurung menyusunya. Sesuai juga untuk jadikan baju raya. hehe
Ada satu baju kurung moden yang dorang jual ni ok pula aku tengok, fabrik jenis lycra tak payah nak gosok2, kain dia sejuk jak. Ikut dalam penerangan, baju ni mesra ibu menyusu, tarik dan selak sahaja, tak gunakan zip atau butang.
Baju kurung dia banyak pilihan warna dan corak, salah satunya macam gambar di atas tu.
Ok, rasanya aku dah berkenan dengan satu baju ni .. rasanya sesuai dengan kakak.
Kalau korang pun tengah cari baju menyusu ataupun nak hadiahkan untuk kawan ke, adik beradik korang yang sedang susukan anak tu, boleh jak jenguk2 kat alamat di bawah ni :-
Laman Web : www.mumsluv.com
Facebook : MumsLuvExclusive
Instagram : mumsluv
Dorang tengah adakan promosi istimewa sempena Mother's Day sehingga 30 Mei 2015 ni. Ada 5 hari dari sekarang tu, masih banyak masa untuk korang buat pilihan. :D
UNTUK ENTRI BARU SILA SCROLL DI BAWAH
↧
Si pencari rezeki
Assalamualaikum
Sebelum subuh menyapa seluruh anggota tubuh sudah bersedia
Segerakan wajib lalu bersedia kaki melangkah keluar
intai sekejap wanita dikasihi, anak-anak kecil berselimut nipis kesejukan.
Berselipar getah menyusuri samar-samar subuh sambil mengalas dayung di bahu, menjinjing bekalan kopi panas nasi berlauk ikan kering
Dari jauh kelihatan sampan usang sedia menanti untuk berbakti di setiap hari
Lalu kayuhan dimula dengan bismillah demi rezeki sesuap nasi
Si pencari rezeki
Note : mood sayu dan sebak
↧
↧
Rutin ibu sebelum tidur
Assalamualaikum
Ok dah nak punch out. Balik rumah sebelum tu singgah ambil anak di sekolah. On the way ambil anak singgah jap kat gerai jual sayur. Sambil drive pikir malam ni nak masak apa. Ambil anak, redah jammed, masuk rumah ... ok bersepah dengan mainan dan buku2. Budak kecik punya kerja.
Malam masak, cuci kain, kemas2 apa yang patut ... sebelum tidur pastikan semua sudah ok ... tengah baring termenung lagi rutin esok hingga ke malam ... dan tertidur.
![]() |
Sumber : Facebook |
para ibu-ibu ... betul kan ???
↧
Orang Baru
Assalamualaikum
4 hari tak jenguk blog. Puan balik kampung sebab nak tengok orang baru dalam keluarga kami.
Kakak selamat melahirkan anak pagi 23hb May yang lalu. Awal 2 minggu dari tarikh dijangka bersalin. Itu pun tak ada tanda tapi kata kakak perasaannya hari tu lain macam jak. So tak tunggu tanda apa ke, kakak pergi jak ke hospital.
Sampai hospital, check2 dah buka 5cm. Nasib baik kakak ikut kata hati kalau tak memang dah terbersalin di rumah.
Kata kakak lebih kurang jam 7 lebih, baby selamat dilahirkan secara normal. Seorang bayi lelaki seberat 3.7 kg.
Alhamdulillah dah bertambah cucu mak dan bapa. Dah jumpa pun orang baru ni. Orang baru ni kakak namakan Muhammad Syahzwie.
Tangan si baby. Kecik dan cute. Wajah baby nantilah dulu ye.
Mak dan bapa dapat cucu lelaki lagi, jadi budak yang sampai terjuling tengok bunga ni satu-satunya cucu perempuan di rumah tu.
Note : bila tercium bau wangi baby ni tetiba teringin pula ... hehe
↧
Kerabu mangga udang kering
Assalamualaikum
Aku sejak hari tu semasa di kampung, memang dah aim2 segugus mangga muda depan rumah. Elok jak buahnya, rendang tinggal ku petik saja.
Hinggalah tengahari tu aku tanya bapa ... mangga tu boleh dipetik ke, yalah mana tau mak dah book ke, kakak ke .. kata bapa apa pula tak boleh petik ... ambik ja.
Dan tanpa berlengah ... turun tangga rumah berselipar jepun, pegi ke arah segugus buah mangga tu. Ada 4 biji kesemuanya, sedang2 besarnya. Tapi bila belek kembali, hanya 3 biji yang boleh dipetik, sebiji lagi dah separuh dimakan 'basing'.
Oklah 3 biji daripada tak ada. Balik rumah, kupas, potong2, tumbuk2 cili api ... siap kerabu mangga udang kering.
Dapatlah sepinggan penuh. Sedap dimakan dengan nasi putih. Aku tengok gambar ni rasa terliur lah balik pula.
Resepi? Sangat sangat simple. Mangga yang telah dihiris2 digaul dengan udang kering (rendam dengan air panas dahulu) yang ditumbuk lumat bersama dengan cili api dan garam. Perisakan dengan gula dan aji untuk seimbangkan rasanya. Siap dan sedia untuk dimakan.
Note : Basing = Tupai
↧