Quantcast
Channel: Mia - Memories of Mine
Viewing all 509 articles
Browse latest View live

Cara untuk bantu anak-anak sukar buang air besar

$
0
0
Assalamualaikum

Hi korang.

Anak sukar nak O O .. najis keras sangat, susah nak keluarkan. Korang yang mak-mak tentu memang pernah alami situasi camni kan.
Kesiannya bila tengok anak berkerut muka, kemudian dibasahi oleh peluh sebab meneran. Kadang-kadang sampai menangis.
Pastu mulalah panik terutama yang baru bergelar ibu cam aku jugalah dulu .. call mak, tanya macam mana nak buat.

Mak pun mulalah bagi segala petua turun temurun nenek moyang segala. Yang pertama mak suruh buat, tukar susunya tu nak .. nda kali ngam tu susu sama dia, bikin keras t***nya ja. Ni selalunya bagi anak yang masih peringkat baby2 lagi.
Kalau yang dah umur 2 3 tahun tu mesti mak suruh beri makan buah dan sayur banyak-banyak, Pastu jangan lupa bagi minum air masak cukup2.
Kalau anak tu penggemar buah dan sayur memanglah tak jadi masalah tapi dapat ko anak yang tak makan benda tu semua, hah! cam mana ko mo buat tu.

Kadang-kadang tu bila dah tahap tak boleh nak buat apa sudah, tambah-tambah lagi anak ko dah seminggu tak membuang, memanglah sangat merungsingkan. Sudahnya memang ke hospitallah jawabnya. Minta nasihat daripada yang lebih pakar.

Sumber : indeksmedia.com

Tapi kan selain daripada petua dan cara-cara tu semua, sebenarnya masih banyak tips lagi yang korang boleh cuba jika anak-anak menghadapi masalah sukar buang air besar ni. Semua tu korang boleh baca di 11 CARA UNTUK BANTU ANAK YANG SUKAR BUANG AIR BESAR

Harap ianya sedikit sebanyak membantu masalah yang korang hadapi. Ok bai!

 

Yang lahir di bulan April!

$
0
0
Assalamualaikum

Ni cerita terobak | kisah bulan april yang lalu. Sebab puan blog ni sangat malas nak update blog so cerita banyak yang tertunda-tunda. 

Korang dalam family mesti ada yang celebrate birthday dalam bulan yang sama kan. Ataupun yang paling best kongsi tarikh hari lahir yang sama 😁

Aku, hubby dan Damia kongsi bulan kelahiran yang sama iaitu bulan oktober. Jimat kalau celebrate birthday sama2 tapi selalunya aku dan hubby tak berapa nak sambut birthday, hanya hari lahir Damia yang kami raikan. Shumi pula birthday bulan Februari dan Shamzi 30 Jun. Nampaknya tahun ni birthday Shamzi meriah sebab ada ketupat dan rendang .. hehe

Berbalik pada kisah bulan April lalu .. kitaorang sambut birthday Mak, Kakak dan anak buah, Yus (anak kepada adik). Kesemuanya lahir dalam bulan yang sama, kakak dan Yus pula kongsi tarikh yang sama 27 April. 
Kitaorang buat makan2 simple ja, yang bestnya semua adik beradik kami dapat berkumpul sekali.


Kakak, Yus dan Mak. Semua lahir bulan April.


Simple-simple ja janji semua happy! 😁


Satay yang aku tapau dari pasar malam Kota Belud. Laku keras hari tu sebab sedap 😉


Mak bersama cucu-cucu kesayangan, lengkap kesemuanya. 3 anak lelaki dari kakak, dari aku 2 lelaki, sorang perempuan dan 3 anak lelaki dari adik. 9 kesemuanya, 8 cucu lelaki dan tersangkut seorang cucu perempuan 😅










KOMUNITI SABAHAN BLOGGER | KENALI BLOGGER DARI SABAH

$
0
0
Assalamualaikum

Hi korang! Aku mula berblog pada tahun 2007 .. Aaapa !!!!! lamanya sudah. Sudah 10 tahun. Sudah super senior gitu. Bila aku baca entri pertama aku balik, hahaha bikin malu. Bikin panas pun ada. Malu-malu kucing punya entri, nda tau apa yang mo dikasi cerita.


Tajuk post 'Pertama Kali' .. rasanya ni post syok sendiri, sendiri tulis sendiri baca 😝



Tapi waktu tu blog-blog ni rasanya belum lagi berapa nak pemes cam sekarang. Masing-masing berlumba nak ada blog. Dulu blog tidak berapa digunakan sebagai medium pengiklanan. Kebanyakkan blog hanya untuk sebagai diary alam maya. Tulis2 post SS .. samalah macam aku hinggalah 2 tahun kemudian baru tahu apa itu Nuffnang. Ikut kawan lain register Nuffnang tapi sangatlah tidak menberangsangkan. Blog sendu memanglah tak ada hasilnya.
Lepas 2 tahun berblog, pembaca blog pun tak ada, terus sunyi sekejap. Tapi tak tahu, tahun 2009 aktif kembali. Kali ni dah mula ramai pembaca blog tapi kebanyakkannya dari sebelah semenanjung.

Blogger dari Sabah mungkin ada tapi jarang-jarang terserempak semasa blog walking. Jika terjumpa, memang aku terus masukkan dalam list, tapi kebanyakkannya dah sepi sekarang. Kawan-kawan aku dulu yang perkenalkan blog dulu pun dah lama terkubur blognya. Kira terasa bersendirian lah kononnya aku blogger dari Sabah.


Tahun lalu ada juga blogger yang ambil inisiatif macam nda betul ja aku eja ni untuk kumpulkan semua blogger sabahan tapi mungkin sebab masing-masing sibuk, terus group tu jadi sunyi dan sepi.
Dan tahun ni ada adik-adik blogger yang juga berasal dari Sabah bersemangat untuk kumpulkan kembali semua blogger sabahan dan terhasilnya KOMUNITI SABAHAN BLOGGER.
Menggunakan Tagline #dibawahbayukamibersatu dan di bawah ni adalah Logo rasmi Sabahan Blogger


Community

List Sabahan Blogger !

Kredit untuk Eca untuk Tagline Komuniti Sabahan Blogger dan Rahmad untuk Logo Rasmi Sabahan Blogger.
So sapa-sapa Sabahan Blogger  yang terlimpas di sini, sila-silalah komen url korang dan list akan di update dari masa ke semasa.


Ok bai!









Apa Yang Mak-Mak Fikirkan Sebelum Tidur ?

$
0
0
Assalamualaikum

Hai Korang ! Salam 1 Ramadan.

Wanita lebih banyak berfikir ?? emmm mungkinlah. Ini ikut pengalaman Kmia sendiri lah. Perempuan ni kalau korang nampak diam sahaja walaupun ada sesetengah yang mulut kepoh cam joyah! Kmia tak tergolong ye hehe Ya memang mostly perempuan bila buat kerja ke apa ke, diam je, khusyuk semacam je, nampak tenang je TAPI dalam hati siapa yang tahu. Di luar tenang tapi dalam hati sedang gundah gulana .. cewah!
Banyak benda yang sedang difikirkan.

Bukannya banyak masalah tapi memang sifat azali perempuan tu sendiri. Lagi-lagi yang dah berumahtangga dan beranak pinak cam Kmia ni. Mak-mak di luar sana tentu setuju kan.
Mak-mak ni celik mata je, terus terfikir hari ni anak-anak nak breakfast apa? .. pegi sekolah nak bawa bekal ke tidak? Kalau bawa bekal, nak bekalkan apa?
Suami pula nak breakfast kat rumah ke tidak? Suami nak pakai baju kerja yang mana satu?
Kalau mak-mak yang berkerja, fikir lagi, hari ni mo pakai baju apa? tudung yang mana satu? tudung bawal ke atau yang sarung terus? Mana satu sandal nak guna ni? Handbag nak guna mana satu? hah yang ni kalau mak-mak tu terlalu banyak koleksi handbag, Kmia punya handbag selagi tak rosak, selagi tak koyak, itulah yang dibawa ke hulu ke hilir kihkihkih.

Itu kalau yang berkerja, kalau yang suri rumah sepenuh masa, lepas hantar anak-anak ke sekolah terus terpikir hari ni masak apa untuk makan tengahari? kalau masak ni, bahan-bahan cukup ke? sempat ke nak ni kalau nak ke pasar ke supermarket? Kain baju semalam dah jemur ke?
Baju dah iron ke? Bila dah siap masak tengahari ... terus termenung, nak makan apa minum petang ni? Malam nanti nak masak apa untuk anak-anak dan suami?
Bla Bla Bla .. banyak sangat mak-mak punya pikiran ni, penat Kmia mo tulis hehe

Dia tak stop situ je, sebelum tidur sempat lagi mak-mak ni berfikir, esok nak buat apa?? padahal dah tau pun rutin hariannya tapi tetap nak pikirkan juga ... hehe
Atau mungkin ada yang kita tak tahu kan apa yang mak-mak lain fikirkan. Mungkin ada yang sedang fikirkan  APA YANG MAK-MAK FIKIRKAN SEBELUM TIDUR ini .. emmm




Image from Google





Note : Sempena Bulan Ramadan yang mulia ini, mula dari hari ni dah tak bahasakan diri sebagai 'aku'. Panggil je Kmia ... singkatan untuk Kak Mia hehe. Ok bai!






SGshop “Jom Shopping!” Contest

$
0
0
Assalamualaikum


Hi Korang. Salam 8 Ramadan.


Dah seminggu kita berpuasa kan, tak sedar masa berlalu dengan pantas. Kmia sepanjang minggu ni cuti, Sabah ada 2 cuti extra sempena Pesta Kaamatan plus ambik 2 annual leave semata-mata nak balik kampung. Nak merasa suasana berpuasa di kampung bersama mak dan bapa.


Kat kampung line tenet ni on off, nak masuk blog pun susah. Kejap ada kejap tak da. Baca message dari kawan-kawan blogger yang lain, ada satu contest yang sedang hangat berlangsung sekarang ni. Hadiah dia memang menarik terutama untuk kaki-kaki shopping online.


So hari ni dah dapat line yang laju, mencuba nasib join contest yang dianjurkan oleh blogger Ayue Idris ni. Manalah tau kot-kot ada rezeki raya kan.







Apakah servis yang SGshop tawarkan?

SGshop yang berasal dari Singapore merupakan satu laman web membeli belah yang menawarkan pembelian secara online barang-barang dari China. Disamping menawarkan perkhidmatan penghantaran yang cepat dan selamat, SGshop juga memberi mata ganjaran berbentuk point untuk para pelanggannya. Point ini boleh ditukar ke bentuk E-Coupons yang boleh digunakan untuk membayar Service Charge yang dikenakan semasa proses penghantaran barangan.




3 item yang ingin saya beli di platform SGshop Malaysia




Kenapa nak beli benda ni ? Shumi dah lama mengidam nak papan chess yang besar. Minat anak bujang Kmia sorang tu lebih kepada permainan board camni. Chess yang dia ada sekarang kecik ja, Kmia adalah juga survey2 harga papan chess yang besar tu tapi tak semurah yang ditawarkan di SGshop ni.






Nak beli 'benda' ni .. hehe Dah tentu-tentulah bukan untuk Kmia tapi untuk encik hubby. Ni sesuai sangatlah untuk encik hubby workout kat rumah. Kalau nak tahu jenis pants camni sangatlah selesa gitu. Nak jogging pun best. Dan ... korang tengok harganya tu, boleh beli berhelai-helai 😛






Untuk anak dan hubby dah ada, sekarang untuk Kmia pulak. Sangatlah berkenan dengan loose dress ni. Sesuai dengan wanita bertudung cam Kmia. Tinggal korang matchkan dengan pants atau jeans, memang sangat cantik -di mata Kmia lah- ...Harganya ?? ya ampun. Mana korang nak dapat harga tu kat luar, kalau dress camni rasanya harga dia dah RM 40 ke atas.


Banyak lagi sebenarnya dalam wishlist Kmia, tapi cukuplah 3 item ni je lah ye. Nanti panjang lebar pula entri Kmia, penat korang nak baca pulak.
Kalau nak shopping atau cuci-cuci mata, korang boleh je pergi ke SGshop Malaysia


Jangan lupa join contest ni tau, lebih ramai yang join lebih meriah hadiahnya ...











Masa Yang Sesuai Untuk Shopping !

$
0
0
Assalamualaikum

Hi korang. Salam 9 Ramadan.

SHOPPING !! kata orang shopping dan wanita tak boleh dipisahkan. Betul ke? Secara generalnya ya, memang tak dinafikan perempuan lebih tertarik kepada aktiviti membeli belah berbanding lelaki. 
Di mana ada sales di situ ada wanita .. gitu hehe
Tapi kan tak semua juga perempuan kaki shopping, cam Kmia lah -percaya ke tidak-



Image Source : purplelynx.com

Kmia nak tanya ni, masa bila korang selalu pegi shopping ? Hari-hari ke, setiap hujung minggu ke, atau pantang ada sales terus terjah. Takut kehabisan stok gitu.
Mengikut hasil kajian Kmia ... kuikuikui hasil kajian lah konon, perempuan akan shopping pada masa-masa berikut. Tapi sebelum korang baca, adalah ditegaskan bahawa 'hasil kajian' ni tidak boleh dijadikan sebagai sumber statistik mana-mana projek atau tesis korang, ada faham. Ini adalah semata-mata pandangan peribadi Kmia sendiri 😅😜 

BILA ADA SALES DAN JUALAN MURAH!
Opkoslah bah .. kalau ada jualan murah, jangan bilang kaum hawa saja yang tergoda, kaum adam pun gitu kan. Time ni lah korang akan beli benda yang telah lama korang idamkan pada harga yang murah.

TIME DAPAT BONUS 
Yang ni sangat dinantikan bagi mereka yang bergaji tetap dan punya majikan murah hati. Dapat duit extra dari gaji bulanan tu, tentulah ada bahagian yang digunakan untuk shopping.

TENGAH STRESS!
Katanya shopping pengubat stress. Shopping benda-benda yang korang suka tentu-tentulah hilangkan tekanan sekejap. Tapi rasanya stress hilang sekejap ja, setelah check baki akaun balik 2x ganda pula stressnya 😂

MUSIM PERAYAAN
Waktu-waktu ginilah sales gila-gila keluar. Semakin dekat dengan hari perayaan, semakin galak peniaga turunkan harga dan semakin sempit pusat-pusat membeli belah. Dan pada masa yang sama wallet semakin longgar uppss!

Tapi yang ni apa yang Kmia nampaklah, pandangan yang lain korang boleh baca 《Waktu Sesuai Untuk Shopping! 》

Ok bai.


Western Beach Resort Tuaran

$
0
0
Assalamualaikum
Hi korang. Salam 10 Ramadan.

Western Beach Resort Tuaran | Kalau sebut nama resort ni memang kebanyakkan orang belum tahu kewujudan tempat ni. Tapi jika Kmia katakan Mimpian Jadi Resort atau RainTree Beach Resort, pasti korang (khususnya mereka yang tinggal sekitar KK ni) kenal dengan tempat ni.

Ya, dulu ianya dikenali sebagai Mimpian Jadi Resort tetapi setelah salah satu bangunan utamanya musnah dalam satu kebakaran, perubahan management telah berlaku dan ianya diberi nama baru iaitu RainTree Beach Resort.
Sebenarnya kitaorang tak plan pun nak stay di sini tapi hari tu hubby tetiba ajak stay di resort, kononnya nak hilangkan bosan. Memandangkan plan last minit so Kmia pun carilah resort yang dekat-dekat ja. Last sekali tinggal resort tahun 2009, masa tu Damia pun belum ada lagi, Shamzi baru je 2 tahun. Dah lama sangat.
So call resort tanya masih ada tempat ke tidak, dapat bilik terus book. Rate semalam dalam RM 250.00 ++ termasuk breakfast untuk dua orang.





Ni gambar-gambar bilik kitaorang. Bilik memang besar, ada 2 queen size bed kat dalam bilik. Depan katil rasanya boleh muat lagi orang kalau nak tidur, just bentang blanket ja. 






Ni pula gambar-gambar persekitaran resort. Memang nampak agak suram dan agak tua sedikit. Mungkin agaknya banyak kali tukar management, keadaan persekitaran resort agak kurang terurus sedikit. Tapi percaya atau tidak, tempat ni sentiasa fully booked disebabkan para pelancong luar yang suka dengan keadaan yang tenang dan sunyi. Jauh dari kesibukan kota gitu.








Orang kata kalau dah stay lepak2 kat resort tu, tak sah kalau tak berkubang di swimming poolnya. Selalu anak-anak yang mandi manda sampai kecut kulit, ni Umi dan Babanya pun tumpang sekaki. Dah masa tu ngam-ngam tak ada orang yang mandi selain kami, so kitaorang conquerlah kononnya.






Breakfast kat resort ni tidak dihidangkan secara buffet seperti kebanyakkan resort yang lain. Tetapi pihak resort dah tetapkan menu breakfast hari tu, tinggal korang pilih nak makan yang mana satu. Hari tu menu breakfast cuma nasi goreng dan mee goreng, didatangkan dengan sosej dan juga sebiji telur goreng mata. Minuman pula cuma ada kopi dan teh. Telur Omelette tu pula kami extra order untuk Baba sebab hubby tak makan nasi atau mee (orang diet atkins lah katakan). Ok lah juga, kenyang dan puas hati sebab anak Kmia yang 3 orang tu tak dikenakan apa-apa bayaran pun.
Korang kalau nak jenguk-jenguk resort ni, boleh je intai website dorang di www.raintreebeachresort.com









Giveaway Raya by Mrs Pip

$
0
0
Assalamualaikum
Hi korang. Salam 12 Ramadan.

Memandangkan minggu ni Kmia busy memanjang, sangat-sangat banyak kerja kat opis, blog pun terabailah sikit. Nak karang entri pun tak ada masa so kita joinlah giveaway yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger yang lain.

Giveaway bermula 1 Jun hingga 24 Jun 2017

Jom sama-sama meriahkan giveaway yang dianjurkan oleh MRS PIP ni.  Syarat-syarat nak join giveaway ni tersangatlah simple. Korang hanya perlu

1) Buat tajuk "Giveaway Raya by Mrs Pip" dan letakkan banner di entry tersebut, dan backlink-kan semula

2) Follow blog Mrs Pip

3) Follow Google+ Mrs Pip

4) Kongsikan (secara ringkas) pengalaman terindah di Bulan Puasa yang anda pernah lalui

Mudah kan. Ok bercerita tentang memori terindah di bulan puasa ni, Kmia teringat zaman budak-budak dulu. Masa-masa nak mula belajar berpuasa tu. Punyalah payah ko, dia punya lemau cam orang tak makan seminggu. Lagi-lagi bila di sekolah, sangatlah mencabar bila nampak kawan-kawan minum air oren, makan eskrim Malaysia, kemudian makan mee goreng 20 sen. Rasa nak nangis ja time tu nak berbuka. Tapi tetap kuatkan semangat bila teringat buka puasa nanti tentu mak masak yang sedap-sedap. Nak-nak lagi kalau mak buatkan air sarsi sejuk kegemaran Kmia, punyalah nikmat minum masa buka puasa tu.
Bila teringat masa tu, memang sangat best sangat. Korang paham-pahamlah, masih budak-budak, kebaikan bulan puasa tu tak berapa diambil kira, yang di ambil tau cuma apa yang mak masak time buka puasa .....emmmmm nyum nyum

Ok korang ceritalah pengalaman indah korang semasa bulan puasa ni. Cepat join giveaway ni tau!



 

Penangan Drama Andainya Takdir

$
0
0
Assalamualaikum

Hi Korang. Salam 17 Ramadan.

Kmia memang sangat-sangat jarang tonton drama melayu, nak-nak lagi yang kisah-kisah cinta anak dato tan sri segala tu. Ceritanya dah memang kita boleh agak dan tahu endingnya, mesti akan happily ever after gitu ...
Drama yang selalu Kmia tengok ialah kisah-kisah sebenar masyarakat, drama berat gitu, yang banyak kisah pengajaran. Drama-drama berat ni pula jarang-jarang nak muncul, selalunya ditayangkan dalam bulan ramadan. Drama-drama ni ada yang kisahnya sedih melampau, sungguh menyayat hati sampai ko pun teresak-esak menangis. Ada pula yang mendatangkan kegeraman dan kebencian yang melampau, sampai satu tahap cam ko nak tumbuk ja tv kat depan ko tu ... hehe
Macam drama yang sedang aku layan sekarang ni lah, Drama bersiri sempena ramadan, Andainya Takdir.

Image from Google

Drama yang dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Nina Iskandar ni wajib korang tonton. Kisahnya si Airil (Shukri Yahaya) yang tersangatlah cemburu buta tak bertempat. Jika ada silap sikit ja, yang mana dia terasa isterinya si Fatihah (Nina Iskandar) tu kononnya curang dengan dia, habislah isterinya dipukul ditendang segala. Padahal tak ada apa-apa pun, dia yang cemburu nak mamps! Kmia rasalah si Airil ni psiko agaknya. Lepas dia dah bantai isterinya teruk sampai lebam-lebam, boleh pula dia minta maaf merayu segala, buat-buat suweet romantik, menyampah pula Kmia tengok.
Bukan setakat itu, mak si Airil dan adiknya, tak ada kerja lain kat rumah ... mengumpat sepanjang masa. Pastu mak si Airil tu langsung tak hormat dengan bapa si Airil, lakinya lah. Kesian Kmia tengok bapa si Airil tu, apa yang boleh dia buat untuk tahan marahnya ialah pegi ke masjid. Huhu

Kmia tak tertengok episod yang pertama hari tu, belum tahu pasal drama ni. Start layan episod yang ke-3. Dan tak sabar malam ni, apa yang akan jadi kat Fatihah, Airil punya cemburu buta, sampai kat office bini dia pun sanggup dia datang dan bantai isterinya tu. Apa punya jenis laki lah si Airil ni. Bikin panas tul.


Note : korang jangan tak tahu, hubby Kmia pun dah terjebak tengok drama ni. Dia punya emosi marah lebih hebat dari Kmia tau ... kihkihkih






IFTAR SABAHAN BLOGGER DI BIES KITCHEN, KARAMUNSING CAPITAL

$
0
0
Assalamualaikum
 
Hi korang. Salam 24 Ramadan.
 
Bertempat di Bies Kitchen, Karamunsing Capital, Kota Kinabalu pada 16 Jun 2017 hari Jumaat lepas, terlaksana plan si Eca untuk mengadakan Iftar bersama-sama dengan Komuniti Sabahan Blogger. Ni kiranya 1st gathering untuk Sabahan Blogger ... walaupun hanya 9 orang yang hadir dan semuanya blogger wanita tetapi tetap meriah dan happening gitu.
Kmia cuma kenal mereka di alam maya dan cuma berbual di group whatapps tetapi bila berjumpa macam sudah kenal bertahun pula.

 
Antara 9 blogger yang hadir dan kesemuanya ni pangkat adik-adik Kmia gitu. Tapi kan walaupun Kmia yang paling senior dari segi umur hehe di situ, bila berjumpa dengan dorang ni semua terasa 10 tahun muda kembali. Tak kekok berbual dengan mereka, meriah ja terasa.
photo cantik dari hp Jun Zie
 
Acara iftar hari tu adalah bergambar, kemudian makan, kemudian gambar lagi, kemudian cerita-cerita dan gelak, kemudian gambar lagi, lepas ada exchange gift .. masing-masing bawa hadiah dan bertukar-tukar kononnya. Kmia dapat tudung yang vogue dari Liza Puteri Bunian.
Lepas exchange gift ada cabutan bertuah. Yang ni Kmia tak bertuah kihkihkih. Tak kisahlah janji happy kan. Acara yang last sekali haruslah sesi bergambar.
Banyaknya acara bergambar. Ni kalau ada blogger lelaki yang join mesti termuntah hijau menengok peel blogger-blogger wanita yang pose ala-ala model restoran tak jadi ni.


Ada blogger yang tak dapat join disebabkan kekangan jarak dan masa. Walaupun begitu, dorang tetap bagi sokongan hingga program ni berjaya diadakan. Thank you semua. Kek yang sangat sedap sehingga menjilat jari ni disponsor oleh Mrs Pip

Ok sekarang ni Kmia nak kenalkan tempat kitaorang adakan iftar hari tu. Bies Kitchen, Karamunsing Capital, Kota Kinabalu. Restoran ni baru sahaja dibuka tahun lalu. Menawarkan menu ala-ala kampung gitu, pastinya mampu memikat hati selera hati korang.
 
 
Untuk mereka yang berada di sekitar Kota Kinabalu, Bies Kitchen mengadakan promosi buka puasa yang berpatutan dan menarik untuk korang cuba. Hidangan bufet dengan caj berpatutan, Dewasa RM20 manakala kanak-kanak cuma RM10 seorang. Pelbagai jenis masakan ala kampung yang wajib korang cuba. Kmia suka dengan sup tulangnya. Teringat-ingat lagi sampai sekarang hehe.






 
Antara menu-menu yang dihidangkan untuk bufet berbuka puasa di Bies Kitchen hari tu. Ni baru sedikit, sebenarnya ada banyak masakan lagi yang tak sempat diambil gambarnya.
10% dari hasil bayaran korang akan disumbangkan ke rumah anak-anak yatim yang terpilih. Jadi kiranya sambil kita makan, sambil menderma gitu ... alhamdulillah.
 


Acara yang last sekali haruslah bergambar dengan owner tempat ni.
 

Yang ni sesi bergambar dengan mommy-mommy blogger
 

Yang ni ... Puan punya blog (^_~)
 
In sha Allah dah ada plan untuk 2nd gathering Sabahan Blogger. Harapnya kali ni lebih ramai yang akan turut serta. Ok bai!
 
 
 
Note : Untuk sebarang tempahan di Bies Kitchen, korang boleh contact Kak Bie di 013 8677588
 
 
 


SELAMAT HARI RAYA DARI MIA KASSIM

$
0
0
Assalamualaikum

Hi korang!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari Kmia ... 10 hari bercuti, 10 hari juga blog ni tutup kedai hehe. 
Bukan malas *walaupun sebenarnya ya. Tapi line di kampung amat slooooww sekali. Kadang-kadang terhilang dari radar terus. 

Kmia seperti tahun2 sebelumnya memang akan balik ke Kota Marudu, kampung Kmia sendiri. Tak balik kampung husband?? Balik .. tapi raya pertama. 
Napa tak bermalam raya di rumah PIL .. emm usah ditanya, hubby suka beraya di kampung sebab suasananya. Ada masalah dengan PIL ke? Nda da la pula. Kmia ikut cakap hubby. Dah dia suka balik Kota Marudu .. Kmia ikut ja lah *dalam hati lompat bintang sebab suka. 

Malam raya hanya Kmia dan adik bongsu balik. Kakak dan adik Kmia yang kerja nurse tu bermalam raya di rumah PIL. So kami berdualah harapan mak untuk tolong masak. Kami balik jumaat 23hb tu. Ikut kalendar hari raya jatuh pada 25hb iaitu ahad. Tapi kami dah start masak rendang, rebus ketupat, tumis sambal kacang bilis sabtu petang tu. Memang konpiden ni hari raya besoknya. Mak cakap kalau misalnya hari raya jatuh hari isnin, kita panaskan balik sajalah rendang dan ketupat tu 😅

Walaupun agak konpiden kami tetap tunggu pengumuman hari raya jam 8 tu. Dan agak lega bila sudah confirm hari raya adalah pada hari ahad iaitu esoknya. Senyum2 semua sebab tinggal tunggu ketupat saja nak masak, yang lain sudah beres petang tadi.

Esoknya anak-anak Kmia bukan main eksaited bangun awal pagi. Nak pakai baju raya katanya. Tema tahun ni adalah biru gitu. Pada asalnya nak royal blue tapi baju melayu budak tak ada kaler tu pulak. Last2 pilih biru muda ni je. Jadi jugalah kan tema biru 😊


Foto Raya 2017. Gigih bergambar di awal pagi sebelum bergerak ke rumah PIL.


Gambar 3 beradik. Tapi yang ni sudah di touch up sedikit sebab tu kaler baju agak terserlah birunya. 


Oklah .. nanti kita sambung cerita lagi ye. Banyak cerita nak story-story ni 😊





Selfie Di Hari Raya

$
0
0
Assalamualaikum

Hi Korang!

Nda sedar kan sudah 10 Syawal hari ni. Cepat betul masa berlalu, macam baru semalam merebus ketupat kemudian melahap rendang *lahap ko .. tersangatlah kenampakan gelojoh di situ.

Raya ni Kmia tak berapa banyak ambil gambar sedang beraya. Baju raya pun cuma sepasang ja tahun ni *sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Raya pertama dan kedua wajib berwajib kurung atau jubah. Raya seterusnya pula, sarung lah apa yang ada dalam almari tu. Paling simple pun blouse dan jeans ja. 
Korang cam mana pula? mesti ada yang beraya sakan kan, 7 hari beraya, 7 pasang baju juga kena disediakan. Tak salah ... asal diri ada kemampuan gitu. 


Image may contain: 1 person, smiling, eyeglasses, selfie and closeup
Selfie Raya Pertama .. instant shawl ni beli di Tamma, Wisma Muis, Kota Kinabalu. Ni pilihan hubby tau, katanya cantik *nda pernah-pernah bah dia tertarik dengan tudung. Sebelum ni kalau Kmia minta pandangan katanya semua pun lawa asal tutup aurat. Ni first time lah dia cakap tudung ni lawa. Harga?? ni rasanya antara tudung termahal Kmia pernah beli, lepas diskaun dalam RM50 lebih. Mahal kan ... standard tudung Kmia dalam RM30 ke bawah je. Korang abaikan je lah kanak-kanak riang kat belakang tu. Happy sebab dapat duit raya lebih dari baba sebab full puasa sebulan. 


Image may contain: 1 person, smiling, eyeglasses, selfie and closeup
Yang ni Selfie Raya Kedua. Ni instant shawl dari Koleksi Amaris. Shawl free dari Liza Puteri Bunian semasa exchange gift di Majlis iftar-sabahan-blogger-di-bies-kitchen hari tu. Rezeki Kmia lah dapat tudung cantik, simple dan sangat selesa ni. Termatch lah pulak dengan jubah Kmia hari tu, kaler hijau gelap. hehe. Sebenarnya Kmia tak berapa pandai nak gayakan shawl ni tapi disebabkan ianya instant dan material kainnya yang selesa tu, senang je nak sarung. Korang kalau terberkenan dengan shawl ni, jenguk ja blog si Liza Puteri Bunian tu.  


Ok lah .. stop lagi. Kita sambung lagi cerita raya esok. In sha Allah. 



Beraya di Kinabalu View Chalet, Kundasang

$
0
0
Assalamualaikum

Hi korang!

Raya pertama dan kedua hari tu, Kmia memang setkan untuk beraya kat rumah sanak saudara. Raya ke-3 stay di rumah kat kampung menunggu tetamu dan rehat-rehat sebab esoknya raya ke-4, kitaorang nak beraya di Kundasang pulak 😊

Sebenarnya Kmia tak plan pun nak ke Kundasang tapi adik-adik ipar ajak kami sama-sama ke sana. Kita orang akan stay 1 chalet dan kiranya ni family gatheringlah kononnya. Adik ipar dah tolong bayarkan sewa chalet dan kami cuma bantu beli barang-barang makan. 

Selalu kalau kitaorang ke Kundasang, kitaorang akan ikut jalan Tamparuli tu tapi memandangkan kami ngam2 berada di kampung iaitu Kota Marudu, kami semua setuju ke Kundasang melalui Jalan Taman Kinabalu Sorinsim. Kononnya nak cuba ikut jalan baru. 
Belum pernah lalu jalan ni so kiranya hari tu kira adventure sikitlah .. berpandukan kepada papan tanda jalan dan tanya kakak Kmia yang berapa kali dah ke Kundasang ikut jalan baru ni, jam 10 pagi raya ke-4 tu kami 3 family *dua family lagi adik-adik hubby pun bergerak dari Kota Marudu ke Kundasang. Masing-masing pandu kereta sendiri so ada 3 keretalah semuanya. 

Alhamdulillah perjalanan melalui Jalan Sorinsim ni berjalan dengan lancar. Jalan baru so tak banyak kereta yang lalu. Sepanjang jalan korang boleh menikmati pemandangan yang sangat indah .. hutan yang menghijau di sepanjang banjaran gunung ganang. Actually Taman Kinabalu Sorinsim ni bersambung dengan Banjaran Crokers yang pemes tu. 
Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam 30 minit kerana permukaan muka bumi yang agak berbukit bukau. Meraung wei kereta nak naik bukit tinggi tu 😅. 
Ni Kmia nak bagi tips sikit sebelum lalu jalan ni. Periksa keadaan kereta, pastikan semua berkeadaan ok sebab takut nanti ada masalah semasa menaiki bukit yang tinggi tu. Ikut jalan ni ada lebih 3 buah bukit tinggi yang kena lalu tau. Pastu memandangkan laluan ni seakan-akan lost world, line tepon dan sewaktu dengannya memang lansung tak ada. Diulangi line tepon dan tenet memang tak ada! So incase ada kecemasan mungkin kena jalan kaki lah minta pertolongan ke kampung yang berdekatan. 😥

Ok lupakan kisah jalan tu .. kami sampai ke chalet lebih kurang jam 12 tengahari. Selepas masing-masing dah dapat bilik dan kemas barang, si isteri-isteri pun mulalah memasak apa yang patut, si suami-suami pula dah mula berkeliaran di sekeliling chalet mencari sudut menarik untuk digambar dan anak-anak pula bukan main seronok bermain. Korang bayangkan sepupu sepapat seramai 11 orang tu berjumpa dan semuanya hampir sebaya umurnya 😅 macam nak runtuh chalet tu dibuatnya. Gedebuk gedebak bunyi mereka berlarian.

Kami dah plan nak buat steamboat dan bbq untuk makan malam so petang tu kitorang makan yang ringan-ringan dulu. Masak bubur ayam, bancuh milo panas, cicah pula dengan biskut merry.
Walaupun makanan dia simple ja, tapi semua berselera sampai habis 1 periuk bubur hehe. Untuk makluman korang, chalet yang kitaorang stay sangat hampir dengan kaki Gunung Kinabalu. Suhu petang tu pun dah drop di bawah 21°C . Sejuk ya amat.


Ni namanya proses pengagihan makanan. Anak-anak kena beratur kalau nak makan bubur. Barulah tak berserabut kan. 



Bukan main happy dorang bila dapat berkumpul sambil makan bersama-sama. Makan di beranda sambil menikmati suasana sejuk Kundasang.


3 dara pingitan .. ni semua kakak-kakak sepupu Damia. Yang tinggi lampai tu sebenarnya baru darjah 3, seumur dengan Shamzi dan budak perempuan sebelah kanan tu tapi nampak anak dara sangat kan 😊


Ko tengok Shumi .. bestlah tu dapat merasa kabus-kabus Kundasang. 

Petangnya tu kami semua sempat round-round Pekan Ranau sambil-sambil cari birthday cake untuk budak yang bakal sambut birthday 30 Jun tu. Tak plan celebrate di situ tapi dah alang-alang berkumpul bersama sepupu2nya so buat lah juga. Tapi cerita tentang surprise birthday party tu nantilah di next entri ye. 

Memandangkan kitaorang nak buat bbq malamnya tu, hubby memborong kepak ayam yang sudah di marinate daripada penjual kepak ayam panggang yang ada di Pekan Kundasang tu. Korang kalau nak buat bbq tak payah susah-susah prepare ayam, beli je dari dorang .. senang kerja dan sedap.

Kami balik ke chalet lebih kurang jam 8 malam. Kelam kabut ni bakar arang. Sudahlah cuaca sejuk, api susah sangat nak hidup. 

Tengah gigih memanggang kepak ayam


Punyalah lama menunggu api nak hidup .. ni je lah dapat dipanggang malam tu, selebihnya kami goreng sebab dah lewat sangat. Takut anak-anak tertidur menunggu pula. 


Ni bahan-bahan steamboat kami malam tu. Nikmat hirup sup panas di kala suhu mencecah 17°C sangat susah digambarkan. Nikmat ya amat.


Kerja Kmia ni uruskan pembahagian makanan kat anak-anak. Nasib baik semua ikut cakap dan tak berebut. 




Ambil gambar berdua .. auumm. Muka semua dah comot sebab kelam kabut siapkan makanan. 


Sementara mak bapa makan berduaan di luar, anak-anak berkumpul ramai-ramai makan di dalam. Kurang seorang sebab masih baby .. hehe

Lebih kurang jam 12 tengah malam semua masuk tidur, dah macam ular sawa kekenyangan. Semua puas hati sebab makanan sedap gila terutamanya steamboat dan kepak ayam tu. 

Esoknya sebelum check out, kitaorang masak lagi untuk breakfast. 

Menu breakfast, nasi goreng, meehoon goreng, sandwich kaya *kalau kat Sabah kitaorang panggil roti paun dan milo panas. Sempat juga goreng keropok ubi untuk kudap-kudapan.


Makanan breakfast yang tak habis kami licinkan di Taman Sorinsim sebelum masing-masing balik ke rumah. 

Percutian singkat yang sangat best. Walaupun ada plan yang tak berapa menjadi cam bbq ayam tu, kemudian nak mandi sungai pun cancel sebab air tengah pasang .. secara keseluruhannya semua puas hati. 

Ok bai. Tunggu cerita raya di next entri. 








Photoshoot Raya 2017

$
0
0
Assalamualaikum

Hi korang!

Masih cerita pasal raya. Acara bergambar di hari raya memang satu kemestian kan. Kmia pun sama. Nak juga abadikan kenangan raya setiap tahun didalam foto yang cantik. 
Bila dah tua nanti *jika dipanjangkan umur 😊 foto-foto tu semualah ditatap kembali kan .. kan ..

Acara bergambar raya ada yang secara santai, ambil guna camera hp je. Kalau ada yang budget lebih tu pula, upah photographer atau ambik gambar kat studio. 
Kmia? Hehe semenjak hubby dah berkecimpung *cewah .. dalam dunia kamera ni, Kmia tak payah nak pikir-pikir cari sapa nak jadi tukang gambar kami. Encik suami dah jadi photographer *bidang terjun. 
Hasil katikan hubby ?? Setakat ni Kmia memang sangat berpuas hati. Kmia sebenarnya tak pernah puji dia depan-depan takut nanti jadi riaklah pula hehe. Ni kalau dia baca ni confirm, terkembang kempislah hidung sebab si isteri puji. 😜

Lokasi yang selalu dijadikan tempat berphotoshoot ? Ruang tamu rumah, ada yang duduk di sofa dan ada yang berdiri .. itu dulu. Sekarang ubah sikit lah lokasi tu. Lokasi berlatar belakang suasana kampung. Baru ada feel beraya di desa 😄
Korang pula macam mana? Celah ceruk mana yang korang jadikan lokasi untuk berfoto raya?

Korang ni Kmia nak bagi tips jika nak berphotoshoot di luar rumah. Yang pertama memanglah kena ambik kira keadaan cuaca, nda kan lah tengah hujan ribut ko nak berphotoshoot di luar rumah kihkihkih.
Bila cuaca dah cantik .. korang kena pilih masa yang sesuai. Nak gambar korang cantik, kaler natural dan tak payah nak edit bagai? Waktu awal pagi, matahari tengah nak naik tu sangatlah sesuai. Kalau korang nampak cahaya matahari terselit2 di sebalik dedaun pokok tu *cewah! Time tu lah sangat cantik kalau korang nak berpose ala model .. kihkih

Kitaorang berphotoshoot raya pertama, jam lebih kurang dekat 10 pagi (ni kira lambat dah sebab matahari dah start memancar2).






Yang ni belum edit .. tapi Kmia dah puas hati. Boleh lah untuk kenangan raya 2017.
Foto diambil menggunakan kamera model Nikon DX D7000 dan lensa Nikkor Prime 35mm 😊

Ok tu je lah cerita pasal photoshoot raya. 




Birthday surprise di Kundasang

$
0
0
Assalamualaikum

Hi korang!

Dah di penghujung syawal ni, maka haruslah kita abiskan cerita-cerita raya tertinggal tu ye, banyak lagi sebenarnya nak story2 ni tapi pelan-pelan orang bilang *padahal malas mo transfer dan edit gambar hehe.
 
Ni kesinambungan dari cerita beraya-di-kinabalu-view-chalet-kundasang hari tu. Kami ke Kundasang 28hb Jun tu .. memandangkan dah berkumpul semua sepupu sepapat Kmia bagi tau kat hubby, jom buat birthday surprise untuk Shamzi. Hari Lahir Shamzi yang ke-9 tahun sebenarnya pada 30hb Jun tu, so kiranya sesuai dan bertepatan masa dan tempatlah kan.

Jadi petang tu, masa kitaorang semua turun ke Pekan Ranau untuk cari bahan-bahan sampingan untuk makan malam kami, Kmia pula meninjau-ninjau cari bakery. Tak pernah pula beli ke bakery di Pekan Ranau ni, kalau tak jumpa kedai memang tak jadilah surprisenya.
Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. Hubby parking ja keta, depan-depan dah tersergam kedai bakery dan halal! masuk ja kedai, ada beberapa kek beraneka rasa yang telah siap sedia dipilih. Syukur ... tak payah jauh-jauh melilau cari kedai kek.
Kmia pilih Chocolate Fresh Cream Cake sebab selalunya anak-anak suka makan kek jenis ni.

Balik ke chalet, budak-budak semua dah excited sebab nampak kotak kek. Masing-masing dah tertanya-tanya, sapa yang sambut harijadi ? kemudian nampak ni masing-masing sedang mengingat tarikh lahir sendiri hehe. Shumi memang dah boleh jangka sapa harijadi, sebab dia memang hafal tarikh lahir adik-adiknya. Tapi Kmia tak ya kan. Nanti tak jadi surprise kan.

Malam tu sebelum kitaorang semua makan, Kmia panggil semua anak-anak kumpul kat meja, masing-masing ni teruja nak menengok nama sapa yang tertera kat atas kek tu. 
 
 
Dan terjawab akhirnya ... hehe Shamzi tersipu-sipu kononnya. Malulah tu.
 


Budak birthday sambil dikelilingi oleh sepupu sepapatnya.
 
Selamat Hari Lahir Shamzi Dzukifly .. Moga terus menjadi anak yang soleh, taat kepada ibu bapa, taat pada agama. Moga dilimpahi dengan kebahagiaan berterusan. Moga dipanjangkan umur, sihat selalu. Moga berjaya di dunia dan akhirat ... aamiin.
 
 
 
Note : Maaf gambar kurang memuaskan. Snap guna hp je, malas nak keluarkan kamera segala, perut masing-masing dah berkeroncong minta diisi segera.
 


Order brownies sedap dari cik Wana

$
0
0
Assalamualaikum

Hi korang!

Beginilah bah kalau blogger picisan cam Kmia ni, sekejap ada sekejap tiada. 
Kalau rajin tu adalah entri, kalau tetiba datang kemalasan, sebulan kemudian baru muncul.

Cerita raya hari tu sebenarnya ada lagi yang belum dikongsi. Malas bah mo transfer dan edit gambar tu semua. Tunggulah kerajinan datang baru kita story-story pasal raya hari tu walaupun cerita dah basi .. hehe

Hari ni pun sebenarnya post berkisar pasal raya juga. 19 Julai hari tu, office tempat Kmia berkerja buat jamuan raya untuk staff dan juga agen2 insurans. Buat kecil-kecilan ja. Tugas Kmia memang selalunya arrange segala makan minum. 
Makanan berat dah order, tinggal lagi kuih muihnya. Pikir punya pikir teringat pula rakan Sabahan Blogger si Wana yang buka tempahan membuat kelupis dan kek. 
Tak buang masa message Wana dan order sekotak brownies dan kelupis inti udang. 

Brownies sedap dari Blogger Wana!


Kelupis inti sambal udang. Kelupis ni memang pemes kat Sabah. Isi di dalam lebih kurang cam pulut panggang tu, tapi yang ni dikukus ja. 


Hidangan raya untuk hari tu. Ada rendang daging dan ayam masak merah untuk dimakan bersama kelupis tadi.


Ni dia wajah tokey brownies dan kelupis tu. Orang yang kat depan tu korang ignorekan sajalah ye. Terasa gemss pula dalam gambar ni.

Ok korang yang berada di sekitar Kota Kinabalu tu, kalau nak order brownies atau kelupis, korang jenguk-jenguk ja lah blog si Wana di http://dapurjirankuberasap.blogspot.my
Brownies dia bila dah sekali makan pasti nak lagi. 

Ok tu je, bai!

MENANGI PERCUTIAN KELUARGA KE HOLLAND !

$
0
0
Assalamualaikum
 
Hi korang!

Ye, Kmia lah ni. Kejap ada kejap tiada. Kejap rajin lama lah pula malasnya hehe

Ni Kmia nak kongsi benda baik punya ... benda yang best haruslah dikongsi bersama. Nak-nak lagi untuk mereka yang mengimpikan percutian keluarga ke oversea
Ni dia ... Kmia kongsikan cara mudah untuk  MENANG PERCUTIAN KELUARGA KE HOLLAND. Ke Holland ! kat mana tu ? Holland atau nama lainnya Belanda, merupakan salah satu tempat percutian menarik yang patut dikunjungi. Banyak kawasan yang cantik dan indah serta unik gitu.
 


Sumber Image : Google
 
Fuyooooh! indahnya pemandangan. Ok cukuplah kita merembat image dari uncle google tu. Kalau nak tengok lagi korang kenalah sendiri datang ke sana kan.
Bagaimana caranya, ok ni Kmia nak story-story lah ni.
 
Nak menang percutian korang kena baca ni dulu ye.
 
Holland, negara yang dikenali dengan bunga tulip dan kincir angin, juga merupakan tapak bagi Royal FrieslandCampina, yang menghasilkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Friso Gold®. Kini, dua keluarga berpeluang untuk bercuti di Holland! Selain daripada itu, mereka juga dapat melawat ladang Royal FrieslandCampina dan menyaksikan penghasilan produk susu Friso Gold®.
Pengalaman sekali seumur hidup ini membolehkan para pengguna Friso Gold® memahami bagaimana jenama ini mengambil kebaikan alam semula jadi dan mempertingkatkannya dengan sains untuk menghasilkan susu tepung rumusan bermutu tinggi bagi kanak-kanak di seluruh dunia.
“Nutrisi semula jadi. Mudah dihadam agar kuat dari dalam – ini merupakan janji Friso Gold®, memastikan hanya yang terbaik digunakan bagi setiap produk untuk memenuhi keperluan dan cita rasa para pengguna di lebih daripada 25 buah negara di seluruh dunia.

“Di Royal FrieslandCampina, lembu baka Frisian tulen merupakan sumber produk susu kami yang amat baik, dilayan seperti keluarga sendiri. Kami sememangnya syarikat tenusu yang unik kerana 20,000 peladang kami, yang terlibat secara langsung dalam penjagaan lembu dan pengurusan ladang, memiliki syarikat ini. Oleh itu, mereka memastikan penjagaan rapi alam semula jadi bermula dari kualiti baik lembu hingga ke setiap titisan susu yang digunakan untuk penghasilan rumusan Friso Gold® sebelum dihidangkan untuk si manja anda,” kata Saw Chooi Lee, Pengarah Urusan bagi Dutch Lady Malaysia.
 
 
 
“Kami memberikan yang terbaik dalam penjagaan alam semula jadi dan menambah baik dengan sains di setiap rantaian bekalan kami bagi membekalkan susu yang kaya dengan nutrien agar si manja anda kuat dari dalam. Sebagai ibu bapa, ia adalah amat penting bagi kita untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita, dan Friso Gold® dapat membantu anda mencapai matlamat ini,” tambahnya. 
Dengan kepakaran lebih daripada 140 tahun dalam bidang tenusu, Friso Gold® dapat menghasilkan persekitaran optimum yang diperlukan bagi menghasilkan susu berkualiti tinggi. Ia bermula dengan para peladangnya, yang berusaha keras dan berdedikasi dalam bekerjasama dengan alam semula jadi agar lembu-lembu dapat menghasilkan susu yang berkhasiat tinggi secara semula jadi.
 
 
 
Lembu-lembu kami diberikan makanan yang seimbang, terdiri daripada rumput rai dan jagung, dan dipantau secara individu menggunakan tanda dan rantai elektronik untuk memastikan kesihatan mereka berada di tahap optimum.
 
Friso Gold® menggunakan sistem pemerahan susu automatik, yang membolehkan lembu untuk memilih waktu mereka mahu diperah. Dengan bantuan sistem ini, membolehkan mereka menghasilkan susu yang lebih baik.
 
Apabila susu dihasilkan, peladang-peladang kami menggabungkan kepakaran dan pengalaman yang terkumpul bergenerasi lamanya, dengan sistem pemantauan dan pemerahan susu yang berkualiti tinggi membolehkan mereka untuk memastikan kebersihan dan kualiti susu kekal konsisten sepanjang proses ini.
 
Sewaktu penghantaran, pemandu trak akan memastikan bahawa susu miliki warna dan bau yang betul. Susu tersebut disimpan pada suhu tidak lebih daripada 4 darjah Celsius untuk mengekalkan indeks kesegarannya yang tinggi.
 
Di kilang, susu yang semula jadi dan kaya dengan nutrien ini, dipertingkatkan lagi menggunakan sains.
 
Friso Gold® menggunakan teknologi inovatif yang dikenali sebagai LocNutriTM – proses yang menggunakan haba sederhana untuk memastikan nutrien dalam susu tidak terlalu panas waktu pemprosesan. Susu segar diproses secara perlahan menggunakan haba sederhana untuk memelihara nutrien hampir kepada struktur yang asal, agar ia mudah dihadamkan oleh kanak-kanak. Teknologi ini memastikan kebaikan nutrisi semula jadi susu dipelihara apabila diproses untuk menghasilkan susu tepung rumusan. Bagi tujuan keselamatan dan kualiti, produk diperiksa semula sebelum dibungkuskan bagi tujuan penghantaran.
 
 
 
Oleh itu, nutrisi asal setiap titisan susu Friso Gold® dipelihara, seperti yang diatur dalam alam semula jadi.
 
Kini anda berpeluang untuk memenangi sebuah percutian keluarga ke Holland dan melawat ladang tenusu Royal FrieslandCampina apabila anda membeli susu tepung rumusan Friso Gold®! Keluarga yang menang dapat menyaksikan sendiri basgaimana susu Friso Gold dihasilkan.
 
Wow! best kan. Tapi sebelum Kmia kongsi bagaimana nak join peraduan tu, korang berkenalan dahulu dengan Friso Gold® ni
 
 
Mengenai Friso Gold®
Friso Gold® adalah jenama di bawah FrieslandCampina, sebuah syarikat tenusu multi-nasional Belanda. FrieslandCampina menghasilkan Friso Gold® sejak awal 1960-an dan merupakan jenama ulung di banyak negara seluruh dunia. Friso Gold® menyediakan rangkaian produk khas, iaitu susu untuk ibu hamil dan menyusukan anak serta susu tepung rumusan untuk kanak-kanak. Di Malaysia, Friso Gold® diedarkan oleh Dutch Lady Milk Industries Berhad, syarikat tenusu utama di Malaysia.
 
Mengenai Dutch Lady Milk Industries Berhad
Ditubuhkan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) merupakan syarikat tenusu utama di Malaysia. Ia dimiliki oleh sebuah syarikat kerjasama tenusu terbesar di dunia,  FrieslandCampina, sebuah syarikat tenusu multinasional Belanda.
 
Dutch Lady Malaysia merupakan syarikat susu pertama yang tersenarai dalam Bursa Malaysia pada tahun 1968 dan merupakan yang pertama memperkenalkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak di Malaysia pada tahun 1988. Dutch Lady Malaysia, yang menerima anugerah sebagai Company of the Year 2014 oleh The Edge Billion Ringgit Club, mengeluar dan menjual pelbagai jenis produk tenusu yang berkualiti untuk pasaran tempatan dan eksport, dengan semua produk yang digemari ramai seperti jenama Dutch Lady dan Friso Gold™.
 
Menerusi kolaborasi unik antara FrieslandCampina dan empat institut/universiti penyelidikan antarabangsa, kami telah menjalankan kajian South East Asian Nutrition Survey (SEANUTS) pada tahun 2009, melibatkan empat buah negara - Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand. SEANUTS merupakan kajian kesihatan dan pemakanan yang terbesar dan paling ekstensif yang pernah diadakan di Asia Tenggara, di mana ia melibatkan 16,744 kanak-kanak selama tempoh empat tahun.
 
Maklumat lanjut boleh didapati di www.dutchlady.com.my.
 
Mengenai Royal FrieslandCampina
Setiap hari, Royal FrieslandCampina membekalkan makanan yang kaya dengan nutrien penting kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Dengan hasil tahunan sebanyak 11.4 bilion euro, Royal FrieslandCampina merupakan salah satu daripada lima buah syarikat tenusu terbesar di dunia, membekalkan produk pengguna dan profesional, serta bahan-bahan dan produk separuh siap untuk industri makanan dan sektor farmaseutikal di seluruh dunia. Royal FrieslandCampina mempunyai pejabat-pejabat di 28 buah negara dan hampir 22,000 orang pekerja, dan produk-produknya boleh didapati di lebih daripada 100 buah negara. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Zuivelcoöperatie FrieslandCampina U.A, dengan 19,244 orang ahli penternak tenusu di Belanda, Jerman dan Belgium –menjadikannya salah satu dari koperasi tenusu terbesar di dunia.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.frieslandcampina.com .

 
Ok tiba masanya nak cerita tentang peraduan yang super duper mudah ni
 
Anda hanya perlu melakukan tiga langkah mudah berikut:
1. BELI susu tepung rumusan Friso Gold® Step 3 atau Step 4 untuk mengumpul mata. (1 X 900g = 15 mata; 1 X 1.2kg = 12 mata)
2. JAWAB satu soalan mudah: Friso Gold® 100% dihasilkan dan dibungkuskan di Holland. BENAR/SALAH
3. WHATSAPP jawapannya ke 012-6458311 dengan sebuah foto yang jelas sebagai bukti pembelian, nama penuh ibu atau bapa, tarikh lahir (DDMMYY) dan jantina, serta umur kanak-kanak tersebut (haruslah berumur 2-8 tahun bagi tahun 2017).
 
12 peserta teratas dengan mata terkumpul yang tertinggi sepanjang tempoh peraduan akan disenarai untuk melalui cabaran pemilihan akhir. Sekiranya terdapat keputusan seri, di mana kedua-dua peserta mempunyai jumlah mata terkumpul yang sama, peserta dengan penyertaan terawal akan tersenarai.
 
Hadiah-hadiah bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
 
Hadiah Utama x 2: percutian keluarga ke Holland serta lawatan ke ladang tenusu Royal FrieslandCampina bagi 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak!
Hadiah Pertama x 10: bekalan produk Friso Gold® selama 6 bulan (setara dengan 24 tin Friso Gold® 900g – Step 3 atau Step 4 bergantung pada umur kanak-kanak).
 
 
Tunggu apa lagi? Rebutlah peluang untuk memenangi percutian impian keluarga anda bersama Friso Gold®!

Terma dan syarat boleh baca di https://www.frisogold.com.my/win-a-family-trip-to-holland/assets/pdf/win-a-family-trip-to-holland_en.pdf

 

Tarikh tutup peraduan 20-Ogos-2017. Cepat-cepat dan Semoga berjaya!


Untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini, layari www.frisogold.com.my.

 
 


MINI LONGEVITY PEACH BUN BY PROMENADE HOTEL

$
0
0
Assalamualaikum 

Hi korang. Hujung-hujung minggu ni tak tahu nak pegi mana, ni Kmia suggestkan ... cuba korang ke Promenade Hotel, cuba try test dia punya Mini Longevity Peach Bun .. sedap tau. 
Apa ke benda tu, ok ni Kmia story-story.

Khamis lalu, 24hb tu Kmia berkesempatan menghadiri 'Official Peeling of Promenade's Giant Longevity Peach Bun' ... erti kata lain majlis mengupas bun gergasi gitu. 



Giant Peach Bun setinggi 2 kaki ni disediakan oleh Team Master Chef Promenade Hotel yang diketuai oleh Award Winning Executive Chef, H.K.Cheong. Dan disebalik giant bun ni tersembunyi 50 biji Mini Peach Bun yang comel. 
Pembikinan peach bun ini adalah simbolik kepada kejayaan dan kekayaan berterusan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60.

Majlis 'peeling' atau kupas ni disempurnakan oleh 8 orang penting dalam pengurusan Hotel Promenade yang diketuai oleh General Manager Mr Hafizan Wong di Restoran Dynasty Chinese yang diiktiraf halal oleh Jakim.


Majlis yang simbolik ini disaksikan oleh warga emas dari Senior Day Care Centre of Kota Kinabalu's Widow Welfare Association dan juga rakan media serta para bloggers. 
Menurut Puan Anita Chung yang merupakan Group Director Sales & Marketing, warga emas SDCC-KKWWA ini merupakan tetamu khas yang selalunya sangat menghargai majlis-majlis seperti ini di samping salah satu program khidmat masyarakat Hotel Promenade. 

Selepas majlis, tetamu dihidangkan dengan menu istimewa di Restoran Dynasty Chinese. 




Makanan yang dihidangkan di restoran ini pasti membuatkan korang teringin nak makan lagi. Memang sedap!

Dan 'bintang utama' hari tu tentulah si Mini Longevity Peach Bun. 



Comel dan sedap gitu. Mini bun berbentuk peach ini berintikan pes biji teratai yang sangat enak. Jangan risau, korang boleh je merasa sendiri mini peach bun ni.
Bun ini akan dijual dengan harga RM3.00 sebiji sehingga 31 Ogos ni. Pada hari isnin hingga jumaat ianya dijual dari pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang. Manakala hari sabtu, ahad dan cuti umum dari pukul 7.30 pagi hingga 2.30 petang. 
Hasi jualan mini peach bun pada 24hb Ogos hari tu akan disalurkan ke Rumah Bakti Harapan Inanam.

Untuk maklumat lanjut mengenainya korang boleh hubungi Hotel Promenade di 088 265 555 atau boleh ke Facebook www.facebook.com/promenade.hotel


Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

$
0
0
Assalamualaikum

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih dikenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantiketuntukmati dan dalam erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki menjelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.

Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantiketuntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,''Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengelilingi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allhamdulillah Orang Sabah Bagus Bah !!!!




Kami orang Sabah Support Zaki Bijak!

Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau ternampak beliau jangan segan-segan hulurkan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusiaan itu lebih bermakna.

Jom kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantiketuntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh lah berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com






Bertukar ke dot com!

$
0
0
Assalamualaikum

Hi korang!

A'a ada bah sini Kmia .... diam-diam ja merenung bulan. Susah ni kalau kebizian memanjang. Banyak cerita tapi tukang taipnya ni malas. 

Korang tau tak ... diam tak diam, blog suam suam kuku ni nak mencecah 10 tahun dah usianya. Bulan 10 ni ... kalau budak dah masuk darjah 4. Hehe
Blog on off .. sekejap tenggelam timbul. Page view pula kalau ada kalanya mencecah ribuan view dalam sehari tapi ada masanya sehari nda sampai pun 50 orang yang view blog ni. 
Tapi alhamdulillah .. masih bertahan hingga ke hari ini. 
Thank you lah buat korang yang sudi membaca blog ni. Dan sori lah kalau hampakan korang sebab selalu tak ada entri baru 😅

Dan sempena usia yang mencecah 10 tahun ni, Kmia ambil keputusan untuk bertukar ke dot com
Nak juga merasa ada domain sendiri 😁
Dengan bantuan blogger Rahmad sebab Kmia kurang paham bab2 tukar domain ni. Sekejap ja ko link blogspot ni bertukar www.miakassim.com

Sempena nama sendiri kononnya. Lagipun IG dan FB juga guna nama ni so senanglah orang nak ingat kan .. kan 


Punyalah lama guna shumie-dz.blogspot.com tu, dekat 10 tahun. 
Shumie tu sempena nama Shumi anak pertama Kmia .. dan Dz tu sempena nama hubby gitu Dzuhardy. 

Harap-harap lepas bertukar dot com ni, mood kerajinan tu datang balik. 
Tambah-tambah lagi bila tetiba owner blog ni hehe banyak dapat jemputan untuk food review, macam tau2 ja Kmia suka makan (jangan terkejut tetiba Kmia sedikit gebus nanti 😂😂).

Credit to Lan & Joe dari curiostraveller.com sebab bagi peluang blog ni untuk pergi jauh dan lebih dikenali. Cewah berucap-ucap pula macam menang anugerah. 
But seriously thanks guys!

So jangan pernah jemu untuk berkunjung ke sini 😉




Viewing all 509 articles
Browse latest View live